CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Nahas Sriwijaya Air Ucap ‘Selamat Tinggal’ Di Instagram Beberapa Minit Sebelum Pesawat Terhempas

11-1-2021 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5067| Komen: 16

Seorang penumpang sempat memuat naik posting di laman Instagram sebelum pesawat Sriwijaya Air yang dinaiki bersama beberapa ahli keluarganya yang lain terhempas ke dalam laut, beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang pada Sabtu.


Ratih Windania menulis: "Byebye keluarga semua, kita pulang kampung dulu ya".

Wanita tersebut turut berkongsi foto bersama dua anaknya yang sedang ketawa ketika berada di tempat duduk di dalam pesawat berkenaan.


Foto: Daily Star
Tragisnya, beberapa minit kemudian pesawat tersebut terhempas dan nasib Ratih bersama anak-anaknya masih menjadi tanda tanya.

Abang kepada Ratih, Irfansyah Riyanto yang mengambil alih akaun Instagramnya meminta orang ramai mendoakan keselamatan adiknya dan juga penumpang lain.


Dalam kejadian pada petang Sabtu lalu, pesawat yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal terputus hubungan selepas berlepas dari lapangan Terbang Soekarno Hatta menuju ke Pontianak.

Pesawat tersebut dilaporkan terhempas dan menjunam ke dalam laut di Kepulauan Seribu, empat minit selepas berlepas dari lapangan terbang berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdira 11-1-2021 08:47 AM
Ada yg jumpa baju sejuk kaler pink sorg budak kecik..
{:childlike
Quote gummiebear 11-1-2021 11:50 AM
Little did they know....

Quote KBW2 11-1-2021 12:43 PM
4 minit selepas berlepas,  kapal terbang menjunam terhempas. Dahsyat.
Quote Artemesiaa 11-1-2021 12:48 PM
Sedih sebab ada melibatkan kanak2 mula gembira akhir duka takziah buat keluarga kesemua mangsa
Quote kelapaparut 11-1-2021 12:59 PM
yg ni thempas dieorg sedar dan tau ape yg menanti, yg mh17 xsedar ape2, tibe2 rase pengsan sbb hypoxia,  mase thempas semue dah xsedar
Quote printercomel 11-1-2021 03:32 PM
Sedihnya tengok gambar budak2 happy tu. syurga tmpat kamu anak anak.
Quote Jorja 11-1-2021 05:51 PM
At least arwah sempat ucap yg baik2 sblm mati
Quote jazaa100 11-1-2021 06:04 PM
sedihnya......

harap adalah miracle.....
Quote Cintakapuri 11-1-2021 06:16 PM
kelapaparut replied at 11-1-2021 12:59 PM
yg ni thempas dieorg sedar dan tau ape yg menanti, yg mh17 xsedar ape2, tibe2 rase pengsan sbb hypox ...

Harap mmg macam tu la, yg mereka x sedar masa diorang terhempas tu........
Quote Cintakapuri 11-1-2021 06:26 PM
jazaa100 replied at 11-1-2021 06:04 PM
sedihnya......

harap adalah miracle.....

I rase zero chance.....dah nelayan pon dgr mcm ada dentuman 2x
Tgk kt yt, mangsa yg ditemui pon x utuh
Quote Osas 12-1-2021 01:05 AM
Allah maha baik.. tempatkanlah mereka semua di tempat yang paling nyaman di sisiMu ya Allah.. sedih terkenangkan budak2 ngan baby.. safe flight to jannah untuk mangsa korban
Quote supernaturalee 12-1-2021 01:37 AM
ctaf replied at 11-1-2021 01:42 PM
Harapnya betulla mcm ni.kl tgk simulation cmne mh17 jatuh tu. i can’t imagine mcmna perasaan dior ...

Pnh sekali naik roller coaster kt maps ipoh
Xbesar mn pun sbb dlm building
Design dlm gua

Settle tu ok, finally aku dh naik , that's it

Quote aHoi83 12-1-2021 07:24 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah buat family n negara indonesia
Quote rogayahtop 13-1-2021 03:32 AM
Takziah. Sedih tgk.
Quote Shazid 13-1-2021 11:04 AM
Masa tahun 2014 pernah outstation kt Acheh, Medan dan Padang. Dr Acheh ke Medan kami naik kereta sebab agak dekat. Dari Medan ke Padang kene naik kapal terbang dan kami nak guna Sriwijaya Air. Tapi tak boleh sebab kerajaan Malaysia blacklisted. Terpaksa naik Air Asia dari Medan ke KL dan KL ke Padang. Bila tanya kenapa tak boleh naik Sriwajaya Air, poor record katanya. Waallahualam!

Alfatihah untuk semua mangsa....Allah dah tentukan. pengakhiran hayat mereka.
Quote becir 13-1-2021 11:08 AM
Shazid replied at 13-1-2021 11:04 AM
Masa tahun 2014 pernah outstation kt Acheh, Medan dan Padang. Dr Acheh ke Medan kami naik kereta seb ...


I Rasa apa2 airline Indonesia better jangan Naik..Kalau nak garuda je..kalau air Asia pun I takkan ambik yg code QZ Indo punya..sanggup byr lebih utk code AK

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top