CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Syok Sendiri Beli Kereta Guna Duit Syarikat, Zoey Rahman Tak Peduli

11-1-2021 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9950| Komen: 53

Menginjak usia 36 tahun pada 3 Januari lalu, pelakon Zoey Rahman tidak menyangka dia akan menerima hadiah istimewa berupa sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire bernilai lebih RM300,000 daripada syarikat yang diusahakannya, Mika Series.


Namun begitu, niat Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Abd Rahman berkongsikan berita gembira itu telah disalah anggap segelintir netizen yang menyifatkan pelakon dan usahawan produk set kecantikan kosmetik itu sebagai syok sendiri.

Menurut netizen, Zoey tidak sepatutnya berasa teruja dengan hadiah tersebut kerana ia dibeli dengan menggunakan wang syarikat yang diusahanya sendiri.

Foto: IG

Enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan masyarakat luar, Zoey hanya mahu menghargai pemberian yang dihadiahkan oleh ahli lembaga pengarah Mika Series kepada dirinya.


"Kenyataan yang keluar dalam media sebelum ini mengatakan kereta itu dihadiahkan oleh staf saya adalah tidak betul.

"Sebaliknya, kereta itu dihadiahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Mika Series kepada saya.

"Saya tahu ada netizen yang mengecam saya di atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri. Padahal memang saya tidak tahu kejutan yang mahu diberikan mereka kepada saya.

"Bagi saya tiada masalah pun kalau netizen nak menghentam saya sebab sebagai selebriti apa sahaja yang kita buat ada yang suka dan pasti juga ada yang tak suka kita.

"Saya jadikan cacian mereka itu sebagai pembakar semangat untuk saya lebih berjaya dalam bidang perniagaan. Saya cuma pekakkan telinga sahaja bila dicaci atau dimaki," katanya kepada mStar.



Mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik sejak tiga tahun lalu, Zoey juga bersyukur apabila bisnesnya kini semakin berkembang maju dan akan menggunakan kenderaan yang diterimanya demi memperluaskan produk jualannya.

"Setakat ini, syarikat saya sudah mempunyai seramai 10 orang pekerja dan kereta yang saya dapat ini pun akan digunakan untuk tujuan kerja juga.

"Mulanya ingat nak trade in kereta lama saya, Kia Sportage tapi sayanglah pula sebab tinggal tiga tahun sahaja lagi nak habis bayar," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 11-1-2021 08:05 AM
tu dia kemain produk timbang kilo pun ada lembaga pengarah
Quote lolipopi 11-1-2021 08:18 AM
Artis lagi suka dikecam agaknya sbb setiap kutukan dan cercaan netizen sebenarnya sedikit sebanyak membawa kebaikan kpd mereka lagi2 kalau berunsur fitnah
Quote kelapaparut 11-1-2021 08:26 AM
ape fungsi dia dlm industri..
Quote kimsa-ra 11-1-2021 08:29 AM
Smpi maju produk nya. Ramai beli produk retis.
Quote tokchik 11-1-2021 08:46 AM
Lembaga pengarah ya..
Hihiiii
Quote Fafaaisa 11-1-2021 09:02 AM
Produk apa dua jual ni...muka lain sgt dengan yg dulu
Quote Ivysaur 11-1-2021 09:06 AM
Wow besar company dia ada lembaga pengarah
Quote riyadhK 11-1-2021 09:08 AM
Zoey berbincang dengan Zoey untuk hadiah kan kereta kepada Zoey. Cadangan diluluskan sebulat suara, oleh Zoey.
Quote gummiebear 11-1-2021 09:10 AM
Lembaga pengarah tu ada berapa orang? jangan ada 2 orang pastu salah sorang nya heols sendiri sudah lah
Quote TerataiMelur02 11-1-2021 09:12 AM
Pekerja dia pun macam kelempuk je.
Sayangnya dia ni ada rupa tapi hurmmmm
Quote newme11 11-1-2021 09:14 AM
Apa product dia jual?
Quote mieymiey 11-1-2021 09:19 AM
HAHAHAHAHA. Kena la kata Ahli Lembaga Pengarah yang hadiahkan. Baru la nampak gah, yedakkkk??
Quote dudaberhias 11-1-2021 09:22 AM
kimsa-ra replied at 11-1-2021 08:29 AM
Smpi maju produk nya. Ramai beli produk retis.

Sebenarnya kalau tengok produk dia jual semua mampu milik berbanding retis lain. Tu yang boleh jalan. Semuanya terletak pada harga sekarang ni.
Quote yum3 11-1-2021 10:12 AM
Fafaaisa replied at 11-1-2021 09:02 AM
Produk apa dua jual ni...muka lain sgt dengan yg dulu

Ya Allah lain sungguh rupanya. Beebeza dari dulu. Dah ubah kejdian Allah tu dik.. Kat Astro rncgan Tak Kot tu. Rupanya mamat ni. Puas aku dok telek.. sekali nampak nama dia.. cehhhh..
Quote boojaat 11-1-2021 10:27 AM
Sapo ahli lembaga pengarah?? Ke dia sorang
Quote boojaat 11-1-2021 10:27 AM
Sapo ahli lembaga pengarah?? Ke dia sorang ? Company cuma ada 10 staff pun ada lembaga pengarah ke?
Quote Fafaaisa 11-1-2021 10:39 AM
yum3 replied at 11-1-2021 10:12 AM
Ya Allah lain sungguh rupanya. Beebeza dari dulu. Dah ubah kejdian Allah tu dik.. Kat Astro r ...

Tu lah..ingt cantik sangat ubah2 tu,.yg ori jauh lg hensem dari skarang..mohon dia sedar
Quote Belibis 11-1-2021 10:45 AM
Skrip sama dengan kes wanendibi ke??
Quote mamajawie 11-1-2021 11:09 AM
bukan ke company yg ada lembaga pengarah ni ada sendirian berhad?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033190 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top