Sebagai anak jati Pahang, pelakon Datuk Fizz Fairuz terpanggil untuk memberikan bantuan kepada penduduk negeri itu yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Menerusi laman Instagramnya, Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia dalam misi menyerahkan barang bantuan seperti tilam, selimut dan bantal kepada penduduk yang terjejas. "Kami dalam misi untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Bukan sahaja kena banjir, ada juga penduduk yang rumah mereka terbakar. "Misi kami untuk serahkan bantuan ini dengan menyasarkan seramai 100 buah keluarga untuk setiap daerah yang kami pergi. "Ada yang nak masuk rumah mereka kena korek tanah dulu baru boleh masuk rumah."
|
boojaat replied at 11-1-2021 10:45 AM
Iols tertarik dgn bantuan yg d berikan.. salu org bagi beras gula telo... Bi bg waterjet. Amat2 mem ...
ADVERTISEMENT