Bekas ratu squasy negara, Datuk Nicol David merupakan wakil tunggal dari rantau Asia dalam buruan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia (The World Games). Pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu akan bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017). Kesemua 24 atlet tersebut akan dicalonkan oleh persekutuan sukan antarabangsa masing-masing. Orang awam boleh mengundi juara sebanyak lapan kali dari Malaysia itu di sini. Pada 20 Januari ini, 10 calon dengan undi terbanyak akan disenarai pendekkan manakala pemenang gelaran tersebut akan diumumkan pada 1 Februari ini.
"Anda boleh memberikan undi kepada calon di laman web The World Games sekali dalam masa 24 jam. Undian mesti diberikan setiap kali kepada dua calon; dua undi untuk calon pilihan pertama dan satu undi untuk calon pilihan kedua. Seiranya anda memberi undi kepada satu calon sahaja maka undi anda tidak akan didaftarkan," menurut The World Games.
|
brego replied at 11-1-2021 09:43 AM
ini macam anugerah MELETOP kategori atlet jer.
meaningless award.
atlet lain pun entah sapa2,
adm7 replied at 11-1-2021 10:58 AM
Conform boleh tapau ni
adm7 replied at 11-1-2021 10:58 AM
Undi dalam talian
Ingat faiz subri?
haruslah replied at 11-1-2021 12:18 PM
Sebelum komen memacam tnya mana ronaldo....usain bolt la hape la sila bace ape itu the world games
...
ADVERTISEMENT