|
Lelaki tekad melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 dengan memagar rumahnya menggunakan zink. Harian Metro memetik TribunNews melaporkan, kejadian berlaku di Desa Ajibarang Wetan, Jawa Tengah.
Difahamkan, Sabar Suharno, 46, diselubungi perasaan takut selepas melihat pertambahan kes setiap hari, lebih-lebih lagi apabila seorang jirannya meninggal dunia akibat virus itu. Sabar tidak ambil kisah, sebaliknya hanya berusaha menjaga diri walaupun tindakannya dipandang sinis jiran.
Jelasnya, sejak memasang zink dua minggu lalu, pergerakannya terbatas selain mengurangkan interaksi dengan orang luar. Justeru, dia hanya bergantung kepada perkhidmatan jualan atas talian serta penjual barangan harian yang berniaga di kampungnya untuk membeli keperluan bagi mengelak keluar rumah. Bagaimanapun, dia memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan di luar rumah. - CARI |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036094 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.