|
Pengacara, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA mengakui sudah mula bertegur sapa dengan seniwati, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy. Azwan berkata, apa yang boleh diperkatakan adalah hubungan dengan Ogy sudah tidak ada lagi masalah.
"Harus dijelaskan bahawa saya dan Ogy walau pernah terkait dengan kes saman-menyaman, itu adalah kisah lama. "Sejak kebelakangan ini apabila berjumpa kami sudah mula bertegur sapa. Hakikatnya, saya dah Ogy tiada masalah. Saya nak penonton dan peminat tahu," katanya. Azwan yang juga pengacara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK 2) berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran drama bersiri Diva Popular.
Tidak lama dahulu hubungan kedua-dua selebriti itu pernah bermasalah hingga membabitkan kes saman. Menurut Azwan, dia dan Ogy juga sama-sama terbabit dalam drama bersiri itu, namun belum bertemu kerana tiada babak bersama buat masa ini. "Kalau dapat babak dengan Ogy, ia adalah satu rezeki tengok kami berlakon bersama. "Tengok Azwan Ali dengan Ogy dalam satu scene bertumbuk ke, tarik rambut ke," selorohnya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.082080 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.