CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bina 2018, Akhirnya Kapal Perang “Gowind” (Milik Mesir) Telah Siap. Kita?

11-1-2021 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2599| Komen: 8




Pada 6 Januari lepas, sebuah kapal perang daripada jenis “Gowind” telah pun berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pemiliknya untuk ia menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam memelihara kedaulatan negara.

Cuma pemilik kapal korvet “Gowind” itu bukanlah TLDM tetapi Tentera Laut Mesir yang menandatangani perjanjian dengan Naval Group untuk memperolehi empat buah kapal perang terbabit, yang hampir sama rekabentuknya dengan kapal LCS milik TLDM (cuma LCS TLDM adalah lebih besar sikit).

Mesir menandatangani perjanjian dengan Naval Group untuk memperolehi empat buah kapal korvet Gowind 2500 kelas El-Fateh (dengan opsyen dua buah lagi kapal) pada 3 June 2014 bernilai Euro 1.5 hingga Euro 1.7 billion.



Manakala kontrak Naval Group dengan Malaysia bagi pembinaan LCS berdasarkan kepada design Gowind pula adalah pada 2011. (Mesir 2014 dan Malaysia 2011). Kapal pertama daripada kontrak Naval Group dengan Mesir iaitu, El Fateh telah dibina di limbungan kapal Lorient milik Naval Group di Britany bermula April 2015 dan telah dilancarkan pada 17 September 2017 sebelum ditauliahkan dalam Tentera Laut Mesir pada 22 September 2017.



Tiga buah lagi kapal korvet kelas El-Fateh iaitu Port Said, El Moez dan Luxor dibina sepenuhnya di Limbungan Kapal Alexandria dan kerja-kerja pembinaan mereka telah bermula pada Sept 2018, Mei 2019 dan Mei 2020.

Dan pada 6 Januari lepas menandakan detik bersejarah kerana kapal pertama kelas El-Fateh iaitu Port Said yang dibina sepenuhnya di dalam negara di Limbungan Kapal Alexandria bermula pada Sept 2018 telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Tentera Laut Mesir.

Pembinaan kapal korvet kelas El Fateh- “Port Said” itu hanya bermula pada Sept 2018 itu telah pun siap dan telah diserahkan kepada Tentera Laut Mesir, manakala kita yang kontrak ditandatangani pada 2011, satu bijik kapal LCS pun masih gagal disiapkan walaupun telah hampir 10 tahun berlalu.

RM6 billion sudah dibelanjakan dan 10 tahun sudah berlalu……

Apa punya malang la nasib kita….setiap satu hari tertangguh lebih banyak kerugian ditanggung oleh kita.

Bila nak siap daa……naik berjanggut menunggunya.





Sumber — DEFENCE SECURITY ASIA

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 11-1-2021 01:09 PM
mase tu thn 2011 kjaan mane yg memerintah ye.. anyway, dlm forum tentera byk yg marah politician byk sgt rasuah sampai negara xcukup alat perang, perajurit2 ni patriotik sket bile tau byk yg amik rasuah sampai xsiap kpl perang ramai yg mendidih darah
Quote dizekni 11-1-2021 02:44 PM
Projek LCS berjalan lancar

sehingga lah PH ambil kuasa lepas pru14

cuba tanya LGE apa yang dia buat dengan progres bayaran masa 22 bulan
Quote pcr13 11-1-2021 05:02 PM
Setau aku sebelum PH pun projek LCS tu dah sangkut
Quote Eliadaisy83 11-1-2021 05:15 PM
Kita pula semakin mundur..elok nak ada ketapi laju terus cancel..pelabur asing lari lintang pukang, indon dah mula makin maju..tak lama lg kita bakal jd buruh kasar bekerja di negara mereka spt bangla n indon yg ada di negara kita
Quote pyropura 12-1-2021 12:17 PM
Cucu cicit Firaun lebih senonoh dari mentori Umno
Quote izwan_izi 12-1-2021 01:11 PM
Bodoh punya kerajaan2 terdahulu...kontraktor yg pernah ada rekod sangkut projek NGPV dan SGPV masih lagi diberikan kontrak pembuatan LCS..

boleh je bg tender terus ke kontraktor utama di France tu buat kt sana..takpayah nk bagi kt Bullshit Shityard..konon2 nk dapatkan ToT (Transfer of Technology) la bagai...
Quote me12345 12-1-2021 01:55 PM
Kita hanya Go stan...
Quote dizekni 12-1-2021 09:33 PM
Sorry la jika expect cina komunis nak bayar projek gini

bodoh betul yang undi PH

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.093816 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top