CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Boleh Ke Mandi Dalam Keadaan Telanjang?

11-1-2021 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6063| Komen: 23

Mandi merupakan salah satu daripada cara untuk membersihkan diri. Ini kerana Islam merupakan satu agama yang amat menitikberat akan kebersihan dan Allah mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa menjaga kebersihan.



Gambar hiasan

Sabda Baginda Rasulullah: Bersuci adalah sebahagian daripada iman. [HR Muslim 222]

Apabila seseorang muslim itu mandi, dia dapat membersihkan kotoran yang melekat pada badan atau peluh yang keluar daripada tubuh. Tubuh badan yang bersih ini boleh menghindarkannya daripada kuman-kuman yang menyebabkan penyakit.

Bau tubuh badannya pula menimbulkan kemesraan dan kasih sayang sesama manusia. Kerana itu, Islam meminta sekurang-kurangnya seseorang itu perlu mandi pada hari Jumaat berdasarkan hadis Baginda Rasulullah: Orang ramai yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai pembantu, badan mereka berbau busuk, lalu dikatakan kepada mereka, elok kamu mandi pada hari Jumaat. Dalam riwayat yang lain bagi Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah bersabda: Eloklah kamu bersuci pada hari ini (Jumaat). [HR Bukhari 861 dan Muslim 847]


Timbul satu persoalan yang sangat penting apabila seseorang itu mandi adakah dibolehkan mandi dalam keadaan telanjang?.

Bagi menjawab isu ini, maka para alim ulama’ menyandarkan hukum mandi dalam keadaan telanjang adalah dibolehkan berdasarkan hadis Baginda Rasulullah:

Sewaktu Nabi Ayyub AS mandi dalam keadaan bogel/telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya, maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya, “Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujur Ayyub, “Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatanMu. [HR Bukhari 279]

Berdasarkan hadis ini kata para alim ulama’ apabila Baginda Rasulullah menceritakan kisah Nabi Ayyub ini, Baginda tidak memberi sebarang komen dari sudut mandi telanjang.

Di sana para alim ulama’ dalam Mazhab Syafie mengatakan hukum mandi dalam keadaan telanjang dalam keadaan seorang diri adalah makruh. Ini kerana seorang muslim itu hendaklah menjaga maruahnya dan perlu ada perasaan malu dalam diri.

Sabda Baginda Rasulullah: Malu itu sebahagian daripada Iman. [HR Bukhari 24]

Kata Imam Ibn Hajar: Hukum bagi sesiapa yang mandi tanpa sebenang urat (telanjang) sekiranya dia berada di tempat yang tersembunyi dan tidak dilihat oleh sesiapapun yang diharamkan ke atasnya melihat aurat orang tersebut, maka halal baginya untuk melakukannya. Tetapi yang afdhal adalah menutup auratnya kerana segan atau malu dengan Allah Subhanahu Wataala. Jika dia mandi dan dapat dilihat oleh seseorang maka haram orang tersebut melihat auratnya dan wajib ke atasnya menutup auratnya daripada orang tersebut secara ijmak sebagaimana diriwayatkan. (Mirqaat al-Mafatih Syarah li Misykaat al-Masabiih 368/2)

Ustaz teringat bagaimana pesan orang dahulu supaya apabila mandi perlu memakai kain basahan. Ini disebabkan jika kita lihat keadaan rumah orang dahulu yang diperbuat daripada kayu yang membolehkan orang lain mengintai seseorang yang tengah mandi. Maka disebabkan itulah perlu memakai kain basahan apabila mandi supaya terlindung tubuh badan daripada dilihat orang lain.

Di sana juga ada adab apabila seseorang yang ingin menanggalkan pakaian disunatkan mengucapkan Dengan Nama Allah, tiada yang berhak disembah melainkannya, kerana ia mampu menutup seseorang daripada terkena panahan mata-mata jin.

Walaupun kita rasa selamat daripada pandangan manusia tetapi jangan kita lupa di sana ada mata-mata lain dari alam ghaib yang memerhatikan kita apabila kita dalam keadaan telanjang. Oleh kerana itu kita perlulah berdoa supaya aurat kita tidak tersingkap di hadapan manusia dan jin.


Sumber: mStar

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • swateng1


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 11-1-2021 03:59 PM
Teringat masa di Temerloh masa zaman bujang tidur rumah keluarga kawan. Dia siap bagi tau ada kain basahan untuk mandi. Bilik mandi kat luar rumah. Nipis je kain tu.

Sopan sungguh famili dia. Keluarga ustaz
Quote makneng 11-1-2021 04:38 PM
Takut kena cakaran djin ke kalo mandi bolen?
Quote ajinomotonosuga 11-1-2021 05:49 PM
makneng replied at 11-1-2021 04:38 PM
Takut kena cakaran djin ke kalo mandi bolen?


Kut tgh mandi laaaalalala bogel..

Oang teriak kuat

Apiiiii..apiiii..lariiiii selamatkan diri

Ko bukak pintu n teruih lari p kat oang berkompoi

Depa sme sonyum sonyum..ko pun very the heran..wattt?
Baruuu sedaq pensil 2b kecuttttt de sabun

Sapa maluuu??? Abah cow gak malu aaaa

Now u understeng?
Quote pooh~key 11-1-2021 06:22 PM
Akak kalau mandi tak bogel akak rasa tak bersih la dekkkk..... macam susah pulak nak sental apa yang patut dekkk.... adakah ini maknanya akak pengikut setan dek? Setan pun setan lah dek... janji bersih dek.
Quote AbukRokok 11-1-2021 06:40 PM
sek kito mandi lanjeh
Quote jazaa100 11-1-2021 07:11 PM
dulu klu pi rumah kwn kat utara, dorang akn bgtau...ada kain basahan dlm bilik mandi....aku amik, aku celup je bg basah....pdhal aku x pakai pun.....klu tak buat mcm tu...takut dorang tau aku mandi bogel.....

masa bebaru kwin, mandi kat rumah mertua...aku dah tutup pintu tapi rapat je lah,  dorang style bilik mandi tak kunci , dorang guna kain basahan tu jadi sesapa blh masuk....tengah tengah  mandi blh tok dia bukak pintu, tgok aku terbogel...dia menjerit & lari....aku pun lari jugak nyorok balik tempayan.....
Quote sarahmirza 11-1-2021 07:13 PM
ajinomotonosuga replied at 11-1-2021 05:49 PM
Kut tgh mandi laaaalalala bogel..

Oang teriak kuat

Kenapa tak capai tuala masa nak lari?
Quote sarahmirza 11-1-2021 07:14 PM
jazaa100 replied at 11-1-2021 07:11 PM
dulu klu pi rumah kwn kat utara, dorang akn bgtau...ada kain basahan dlm bilik mandi....aku amik, ak ...

mandi kat perigi ke kolam?
Boleh pulak selamba masuk keluar bilik air masa orang mandi...
Quote jazaa100 11-1-2021 07:24 PM
sarahmirza replied at 11-1-2021 07:14 PM
mandi kat perigi ke kolam?
Boleh pulak selamba masuk keluar bilik air masa orang mandi...

bilik air....org dolu dolu...mertua aku ni bkn org senang....style org kg, siang ikan ke....basuh baju ke...mandi ke....semua kat bilik air tu lah...toilet kat tempat lain....kat luar rumah....

sbb tu aku klu balik rumah mertua, aku pakai baju lawa lawa, nati mak mertua aku kata- pi masuk pi masuk....nati kotoq baju....perghhh....lega aku tak yah masak cow....

siksa nk masak & basuh pinggan kat bilik air tu....memang tak lahhh....

ni cite dulu le.....
Quote xLillyx 11-1-2021 07:50 PM
Teringat dulu masa kapel, bf iols tak bagi mandi bogel kena pakai kain batik katanyee. Gila apa. Memang tak la kan. x selesa wei
Quote ajinomotonosuga 11-1-2021 08:16 PM
sarahmirza replied at 11-1-2021 07:13 PM
Kenapa tak capai tuala masa nak lari?

Capai colgate sekali aa berus gg..selipar jamban aaa jgn lupa flush..penting tu aaa

Ok dak

Quote ajinomotonosuga 11-1-2021 08:17 PM
jazaa100 replied at 11-1-2021 07:24 PM
bilik air....org dolu dolu...mertua aku ni bkn org senang....style org kg, siang ikan ke....basuh  ...

Lawo beno ke baju tu sampai mertua gerun..

Sure kilau kilau mcm baju M Daud Kilau

OOOoooooo hoiiiii...
Quote Ninjanunu 11-1-2021 08:35 PM
Soalan bodoh.
Quote lattehazelnut 11-1-2021 08:37 PM
Kalau toilet luar rumah maybe to be safe pakai kot..
Kalau dlm rumah xkuasa i..
Quote papazola90 11-1-2021 10:08 PM
Bolehlah kan asalkan jangan terdedah.
Quote gigahertz 11-1-2021 10:15 PM
jazaa100 replied at 11-1-2021 11:11 AM
dulu klu pi rumah kwn kat utara, dorang akn bgtau...ada kain basahan dlm bilik mandi....aku amik, ak ...

Teringat i cerita filipina kat utube.
Bilik air kat luar ada perpuan masuk
Tetiba ada lelaki nampak
Perempuan tu x sempat jirus air dah kena
Terkam dari belakang. Bermulalah adegan.
I tak mampu buat apa2
I mampu tgk sahaja.
Quote honeyvanilla 11-1-2021 11:31 PM
dulu kat asrama plg benci nak pakai kain basahan basah2.. sejukkkk..  nak tak nak terpaksa jugakk pakai haha, duk rumah tk di ajar pun pakai kain basahan, tarah je la mandi cmna pun haha tkde sapa kisah
Quote tom2 11-1-2021 11:37 PM
pooh~key replied at 11-1-2021 06:22 PM
Akak kalau mandi tak bogel akak rasa tak bersih la dekkkk..... macam susah pulak nak sental apa yang ...

Tapi dari posting akak sebelum2 ni, macam ala2 setan jugak. Ampun kalau salah...
Quote Jitu 11-1-2021 11:38 PM
tengok tempat dgn keadaan sekeliling  

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.202695 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top