Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan hari ini bagi memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd bagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin Covid-19 Pfizer di negara ini.
Perjanjian itu lanjutan kepada perjanjian 'Binding Heads of Terms' (perjanjian awal untuk mengikat terma) yang ditandatangani pada 24 November lalu. KKM dalam satu kenyataan memaklumkan perjanjian dimeterai secara maya oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei) Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfizer pada jam 10.30 pagi tadi. Majlis menandatangani perjanjian disaksikan oleh Ketua Pasaran Baru Muncul Asia Pfizer Anil Argilla. Berucap pada majlis itu Dr Adham berkata, kerajaan Malaysia menghargai sokongan diberi oleh Pfizer dan berharap bekalan vaksin akan tiba di negara ini lebih awal. Argilla pula berkata, Pfizer komited memastikan bukan sahaja akses kepada vaksin tetapi juga bekerja bersama bagi mengakhiri pandemik. "Ini merupakan satu langkah ke depan yang memberikan keupayaan untuk mengawal dan juga kemungkinan menamatkan terus penularan pandemik ini di Malaysia," katanya. Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd membabitkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung bulan Februari 2021 meliputi peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang. Perjanjian yang dimeterai pada hari ini untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh negara. Kerajaan juga bersetuju membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos yang menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b sebanyak 25 juta dos meliputi peratus populasi penduduk Malaysia dan akan diterima sepanjang tahun 2021. Sumber: Harian Metro |
tumpanglalu74 replied at 11-1-2021 04:55 PM
The vaccines aren’t designed to prevent COVID. An FDA Pfizer briefing paper published December 10, ...
tumpanglalu74 replied at 11-1-2021 04:55 PM
The vaccines aren’t designed to prevent COVID. An FDA Pfizer briefing paper published December 10, ...
CiliPadiSedap replied at 11-1-2021 05:48 PM
kalau cmtu sex kena pakai kondom lah kan? sebab boleh transmit melalui sexual intercourse
...
mbhcsf replied at 11-1-2021 04:58 PM
eh mana AstraZeneca????
CiliPadiSedap replied at 11-1-2021 05:48 PM
kalau cmtu sex kena pakai kondom lah kan? sebab boleh transmit melalui sexual intercourse
...
Aerhys replied at 11-1-2021 06:11 PM
Found it. Tak adalah susah sangat nak cari info ini.
As of 2009. https://www.justice.gov/opa/pr/jus ...
Aerhys replied at 11-1-2021 05:29 PM
That's a good read. Thank you. I bet we wouldn't find any of these informations in the mainstream ...
Itzy replied at 11-1-2021 06:45 PM
Takut nakninjek dengan vaksin ni kalau betul2 tak mencegah. Lagipun vaksin ni ialah kuman virus covi ...
Itzy replied at 11-1-2021 06:45 PM
Takut nakninjek dengan vaksin ni kalau betul2 tak mencegah. Lagipun vaksin ni ialah kuman virus covi ...
ADVERTISEMENT