CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Tahun Duduk Hospital Macam Rumah Sendiri, Siap Angkut Keluarga

12-1-2021 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5746| Komen: 31

Sebuah keluarga menjadikan hospital di bandar ini sebagai rumah sejak enam tahun lalu sebelum diarahkan keluar.

Menerusi laporan portal Odditycentral.com, kisah tiga beranak itu menjadi perhatian selepas enggan keluar kerana tidak mahu membayar kos perubatan.


Semuanya bermula apabila lelaki dikenali sebagai Tian mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 2014 kerana mengalami sakit perut dan muntah.

Dia kemudian menerima rawatan selama dua bulan di hospital berkenaan sebelum disahkan sembuh dan dibenarkan keluar.


Kredit foto: Odditycentral
Namun, Tian terkejut selepas mendapati kos rawatannya mencecah 1.26 juta yuan (kira-kira RM785,000) oleh pengurusan hospital.


Dia melakukan protes dan membawa ibu bapanya untuk terus menetap di hospital berkenaan selama enam tahun.

Malah, lelaki itu turut mengubah dekorasi bilik wad seperti rumah dengan meletakkan makanan dan barangan peribadi mereka.

Mereka turut menyambut Tahun Baru Cina di hospital walaupun secara tradisi disambut bersama keluarga di rumah.

Walaupun pelbagai cara dilakukan pengurusan hospital, namun keluarga berkenaan enggan keluar.

Buntu dengan kedegilan lelaki itu menyebabkan pengurusan hospital bersetuju agar tiada bayaran dikenakan untuk rawatan seperti dituntut sebelum ini dan hanya mahu mereka keluar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 12-1-2021 08:58 AM
Santet je manusia sebegini
Quote nazzse 12-1-2021 09:09 AM
6 tahun bertahan? Polis takda ke?
Quote me12345 12-1-2021 09:11 AM
Sehenis manusia yg suka semua free dan ambik kesempatan...selfish
Quote Miss.H 12-1-2021 09:23 AM
Dasyat nau sampai tak boleh buat apa-apa. Sampai 6 tahun duk free
Quote any42 12-1-2021 09:24 AM
Knapa baru skrng nk halau. 6 tahun dok situ lama gila
Quote swateng1 12-1-2021 09:43 AM
dah berakaq juboq kat situ, baru nak halau keluaq..  pastu jenih nak free jaa semua. hareeee perangai
Quote clarizsa 12-1-2021 09:44 AM
Takdak beza dengan lambakan pati kt msia punya perangai
Quote nanies 12-1-2021 10:13 AM
dah alang2 tunggu nam tahun, tunggu je la lagi nam belas tahun...
Quote Suchi 12-1-2021 10:25 AM
Laaah bengong dah tu caj duk sepital 6 tahun pun free jugak la eh?
Quote pittjie 12-1-2021 10:30 AM
tapi mahal gila kut. dua bulan duduk hospital .. bil sampai RM700K lbh. nampak dalam gambar macam tak berapa kelas pun hospital tu. tapi lagi heran hospital tak boleh nak halau dia selama 6 tahun ni. aneh aneh yach.
Quote gigahertz 12-1-2021 11:09 AM
pittjie replied at 12-1-2021 02:30 AM
tapi mahal gila kut. dua bulan duduk hospital .. bil sampai RM700K lbh. nampak dalam gambar macam ta ...

u jangan cakap dengan diorang bil kita RM 1 je.
nanti diorang datang reramai pastu tak keluar keluar.
Quote prettyuglybabe 12-1-2021 11:11 AM
kiasu kan..

Quote jazaa100 12-1-2021 11:18 AM
gigahertz replied at 12-1-2021 11:09 AM
u jangan cakap dengan diorang bil kita RM 1 je.
nanti diorang datang reramai pastu tak keluar ke ...

bawak mak bapak lg kannn.....
Quote gigahertz 12-1-2021 11:32 AM
jazaa100 replied at 12-1-2021 03:18 AM
bawak mak bapak lg kannn.....

tapi kalau sembang pasal healthcare negara kita mmg terbaik.
kakak i bagitau klinik2 kat luar yang macam cendawan tu hidup
dengan wang hasil prenant warga asing.
Warga asing di caj RM 2k ke 3k .
Quote jazaa100 12-1-2021 12:18 PM
gigahertz replied at 12-1-2021 11:32 AM
tapi kalau sembang pasal healthcare negara kita mmg terbaik.
kakak i bagitau klinik2 kat luar yan ...


ada satu hosp swasta, indon blh byr ansuran utk bersalin.....minimun rm4k.....

dari dia pregnant 4-5bln, dorang blh byr ansuran kat situ
Quote damsel_fiji 12-1-2021 12:24 PM
Tp hospital tu pun ala2 menipu jah.. sakit perut jah kena charge sampai ratus ribu?
Quote pittjie 12-1-2021 01:52 PM
gigahertz replied at 12-1-2021 11:09 AM
u jangan cakap dengan diorang bil kita RM 1 je.
nanti diorang datang reramai pastu tak keluar ke ...

hahaha ok ok .. keep the secret. shhhh!!!
Quote sayawifenikmie 12-1-2021 02:39 PM
.... dengan keadaan wad macam tu ... penyakit apa jer yg sampaidiakena bayar rm780k+ tu ?

Quote diss69 12-1-2021 02:55 PM
Peleknya.. Kita kalau melawat org sakit, terlebih masa melawat pon dh kena halau.. Ni bermastautin 6 taon...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035454 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top