|
Seorang guru tadika disaman Naz Carpentry selepas mengeluarkan kenyataan fitnah di laman media sosial Instagram milik Awal Ashaari dan Facebooknya terhadap syarikat hiasan dalaman itu.
Naz Carpentry bagaimanapun menggugurkan saman fitnah siber terhadap Mahfuzah Muhamad Muharrimi selepas dia membuat permohonan maaf menerusi Instagram TV. "Saya mengakui bahawa tindakan saya itu telah menjatuhkan reputasi dan perniagaan Naz Carpentry dan ramai terpengaruh dengan kata-kata saya sehingga ramai pihak mempercayai Naz carpentry tidak bertanggungjawab dan tidak menyediakan servis yang bagus kepada pelanggan mereka. "Saya tidak menyangkakan kenyataan saya telah mendatangkan kerugian pada syarikat Naz Carpentry," ujarnya yang menyesali perbuatannya itu.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044649 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.