CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Covid-19 Varian UK B.1.1.7 Dikesan Di Malaysia Hari Ini

12-1-2021 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3915| Komen: 25


 



Kuala Lumpur: Satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember lalu.

"Pengembara ini didapati positif pada 28 Disember lalu dan (sudah) diasingkan untuk rawatan lanjut.

"Sejak Oktober 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara yang melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

"Sebanyak 968 sampel diuji sejak Oktober lalu dan melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Menurutnya, setakat 11 Januari lalu, tiada penularan dalam negara dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 itu.

"KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

"Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, ia boleh menular dengan mudah dan cepat," katanya.

Noor Hisham menasihati orang ramai sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.




Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 12-1-2021 01:21 PM
Balaaa.. ..............
Quote Orix 12-1-2021 01:43 PM
Pengembara ??? maknanya dia pi UK sbb suka suki nk mengembara agituhh ??? bukan sbb ada urusan penting?? gituuh???

kalau iya, selayaknyalah
Quote MissVixen 12-1-2021 01:46 PM
Siapa pengembara ni? Tengah pandemik duduk diam2 tak boleh ke? Students ke?
Quote missbigrockstar 12-1-2021 01:47 PM
Dlm MHI tadi pagi kata dia ni student balik dari UK.
Quote salmon-suki 12-1-2021 02:42 PM
Ai nak taw variant baru ni selain drpd menular dgn cpt, mortality rate macam mana?cpt menular,cpt mati patient tu?atau xde beza pun dgn variant skrg,cuma lg cpt jangkit jah?
Quote wak_pijah 12-1-2021 02:44 PM
Aduh seramnya
Quote LadyCarefree 12-1-2021 03:51 PM
salmon-suki: Ai nak taw variant baru ni selain drpd menular dgn cpt, mortality rate macam mana?cpt menular,cpt mati patient tu?atau xde beza pun dgn variant skrg,c ...


Google je chuols.

The variant is described as far more contagious than earlier variants of the coronavirus, but not necessarily more deadly or likely to make an infected person more sick.Dec 31, 2020
Quote rangerx 12-1-2021 04:00 PM
tahik betul...
Quote ladyxez 12-1-2021 04:05 PM
Pengembara ????

Quote Simunggu 12-1-2021 04:09 PM
apa beza varian ini dgn yg tempatan??? lebih lembut & tebal isinya??? mcm musang king
Quote Herlina 12-1-2021 04:21 PM
Camna pengembara boleh masuk M'sia ni?
Quote Skuau 12-1-2021 04:22 PM
pastu..balik Msia bawa penyakit???
Quote Tinot7 12-1-2021 04:37 PM
Tak perlu skrin sblm masuk ka?
Quote LadyCarefree 12-1-2021 11:39 PM
https://www.france24.com/en/asia-pacific/20210112-japan-says-it-s-working-to-isolate-analyse-new-coronavirus-variant

Ya tuhan. Cry cry cry
Quote LadyCarefree 12-1-2021 11:41 PM
Herlina replied at 12-1-2021 03:21 PM
Camna pengembara boleh masuk M'sia ni?

iols nampak ada mamat rusia lek lek je buat travelogue jenjalan dalam msia. Bila dia masuk? Sama gak dengan food ranger ke haper tu yg semua tempat makan kotor pun sedap sedap.
Quote Aikiko 12-1-2021 11:51 PM
Bersiap-siagala kita semua
Quote irish_ieka 13-1-2021 12:04 AM
kenapa la bg bawak masuk dr UK tu dah sah2 sana bapakkk teruk kes nye adoiiiii
Quote ninja9 13-1-2021 12:07 AM
tahinah...
Quote Jemahjemah 13-1-2021 12:55 AM
Semoga semua rakyat malaysia selamat {:yameteh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.277563 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top