CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Kata Pengumuman Darurat Terlalu Drastik Dan Terburu-Buru

12-1-2021 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4703| Komen: 34

Darurat yang diisytiharkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai satu tindakan yang terlalu drastik dan dilihat terburu-buru.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakyat melihat rancangan darurat ini tidak dilakukan dengan baik dan seharusnya Kabinet melakukan perbincangan awal.

"Saya lihat ia tidak berjaya diterjemah dengan baik. Jadi saya gesa kerajaan terus bentangkan rancangan untuk menghadapi darurat.

"Pertama, kerajaan haruslah memanggil blok pembangkang untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi memastikan urus tadbir dan hala tuju negara akan bergerak dengan lancar serta stabil.

"Kerajaan harus bertindak adil dan saksama dengan pembangkang kerana darurat yang diisytiharkan secara rasmi ini bertujuan melawan wabak pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Foto: IG


Kedua katanya, kerajaan harus segera membentangkan rancangan untuk melindungi kebajikan ekonomi rakyat.
 
Menurutnya, walaupun perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dibuat selama 14 hari dan tempoh itu juga dijangka dilanjutkan.

"Malah, pengisytiharan darurat sebentar tadi meyakinkan saya bahawa ia akan berlanjutan sehingga Ogos 2021," ujarnya.

Justeru katanya, kerajaan harus sediakan perlindungan moratorium secara menyeluruh kepada rakyat.

Begitu juga katanya, bantuan wang tunai harus segera diumumkan dan dilaksanakan sekurang-kurangnya bermula pada hujung Januari.

"Tidak ada alasan lagi untuk membiarkan rakyat tanpa perlindungan ekonomi oleh kerajaan," tegasnya.

Katanya, ketiga, walaupun pembangkang tidak mahu adakan Pilihan Raya Umum ke-15 kerana ketidaktentuan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara, perkara itu hanya boleh dicapai dengan mengisytiharkan darurat.

Kerajaan katanya, seharusnya fokus serta segera laksanakan pelan untuk menghadapi krisis dan darurat bukan jawapan yang tepat.

"Namun, ia sudah diisytihar pada pagi tadi. Maka, kerajaan harus segera terima gesaan dan panggil pembangkang untuk terlibat sama dalam urus tadbir negara," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 12-1-2021 03:58 PM
diam la ko
Quote missyL 12-1-2021 04:15 PM
Iols xde la sokong sgt darurat ni. Tp elok jgk sbb ari2 politaik dlm fb dok sbut nk pru.

Naik menyampah bace.
Sape pn kt tmpt muhyidin i rase akan wat same decision pn.
Tp sbb mereka xde kuasa tu la marah.

Lg satu Parliament xgerak tlg potong gaji menteri bg kt rakyat ssh or mangsa banjir
Quote MontanaHannah 12-1-2021 04:19 PM
saddiq ni  tahi sgt , berzina

mak bapa mana xtegur anak ke...usung perempuan atas katil ...kahwin xnak !

munafiq much!!!
Quote biskut_milo 12-1-2021 04:20 PM
Diam la botak
Quote zuliana29 12-1-2021 04:23 PM
buta mata buta hati.. sian..
Quote jalfa 12-1-2021 04:23 PM
Ala kata saddiq buat challange lagi..utk mengisi masa terluang pkp ni
Quote Miss.H 12-1-2021 04:27 PM
Dekat johor bukan main merah lagi. Tergesa-gesa pulak dia . Kalau dah memang ahli politik memang perangai macam ni ke
Quote tintin22 12-1-2021 04:28 PM
memekak
Quote Tinot7 12-1-2021 04:34 PM
Buruknya lepas botak...
Quote krustykrab 12-1-2021 04:45 PM
Ok la tu...aktiviti ekonomi x terjejas pun..yg terjejas sikap tamak kuasa korg tu je...
Quote genUmi 12-1-2021 04:52 PM
nyamuk







Quote laksmanabentan 12-1-2021 04:58 PM
sibuk la ko... diam ler.....
bising jer kerja ko..

baik ko ambil balik offer study ko dulu ko tu...
then p la study balik sana...
Quote Piramida 12-1-2021 04:59 PM
Adoiii rakyat msia ni..... buat apa pun salah... pkp salah... kwsp .. sinar sinar... itu ini begitu begini... semua lah salah.
Quote mikasa 12-1-2021 05:02 PM
Dah rasa tergugat..memang laa propose darurat..yang bekerja fronliner bukan para menteri...diorg relax je .sop kelaut frontliner /KP/KsU yang pening handle covid
Quote azie5zoe 12-1-2021 05:08 PM
Ingat dah botak ni luas dahinya luas juga ler pemikiran dia..makin bodoh rupanya.
Quote buragazz 12-1-2021 05:22 PM
Bukan ke darurat yang diumukan bukan melibatkan pengambil alihan oleh tentera mcam darurat perang tu...

Nak cakap jugak la... ko sekolah ke tak..?
Quote bungarose 12-1-2021 05:23 PM
Baik ler ko mula cari keja
Sia2 ajer usia muda xder keja tetap
Quote salimrock 12-1-2021 05:43 PM
Piramida replied at 12-1-2021 04:59 PM
Adoiii rakyat msia ni..... buat apa pun salah... pkp salah... kwsp .. sinar sinar... itu ini begitu  ...

tu la pasal , cakap senang la, cuba kalo dia ditempat muhyidin, ?
Quote elbecks 12-1-2021 05:47 PM
shut up la

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042819 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top