CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vaksin Sinovac Dari China Murah Kerana Dibotolkan Dalam Negara - KJ

12-1-2021 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5396| Komen: 37

Kerajaan membayar kos pengeluaran vaksin COVID-19 yang dibangunkan makmal Sinovac dari China dengan harga lebih rendah berikutan proses pembotolannya dibuat dalam negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) diberi tanggungjawab untuk menguruskan proses pembotolan vaksin itu yang dijangka sedia untuk diedarkan kepada orang ramai akhir Mac ini.



Kredit foto: Malay Mail

“Saya nyatakan kos vaksin ini lebih murah susulan ia dibotolkan di sini dan bukannya di China, jika di China kosnya jauh lebih tinggi.

“Pharmaniaga diberi tugas untuk proses pembotolan vaksin dan kos itu telah pun dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini dan mereka bersetuju dengan harga yang disebutkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian Bekalan Vaksin COVID-19 Secara Pukal antara Pharmaniaga dengan Sinovac.


Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy bagaimanapun enggan mendedahkan semua maklumat terperinci mengenai kos perolehan vaksin tersebut kerana terikat dengan perjanjian kerahsiaan dengan syarikat pengeluar vaksin tersebut.

Katanya, Pharmaniaga telah diberi tanggungjawab dalam proses pembotolan vaksin tersebut kerana syarikat berkenaan mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Khairy berkata kerajaan akan mendapatkan pengiktirafan status halal bagi vaksin keluaran Sinovac, sebelum ia diedarkan. 


Kredit foto: Wang Zhao | AFP | Getty Images

“Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga sebelum ini telah mengiktiraf status halal vaksin ini, dan kita juga akan melakukan perkara yang sama bersama Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Kita akan jamin vaksin ini selamat untuk kegunaan umat Islam,” katanya.

Terdahulu, pada majlis menandatangani perjanjian itu, Pharmaniaga diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Zulkarnain Md Eusope, manakala Sinovac diwakili Pengurus Besar Sinovac Life Sciences Co Ltd Gao Qiang.

Sumber: BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 12-1-2021 06:15 PM
Edited by mbhcsf at 12-1-2021 06:16 PM

hey yaaaaa..i bukan kisah botol ke , ape ke, is the avccne safe, effective and mana dia dossier , laporan phase 3 vaccine ni ...???kalau akan dikaji etc, then tak payah lah siarkan atau wawar canangkan...aiyaaa....

isk KJ ni lah awat la dia yg sibuk2 ckp pasal Vaccine sebelum dr Hishamshah , DG Hisham etc????
Quote FOTHER-MUCKER 12-1-2021 06:35 PM
Jangan risau kerana arab saudi  telah lama menggunakan Sinovac ni tiada masalah!

Quote CiliPadiSedap 12-1-2021 06:45 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-1-2021 06:35 PM
Jangan risau kerana arab saudi  telah lama menggunakan Sinovac ni tiada masalah!

kata malaysia negara pertama dapat vaksin sinochan ni?
Quote FOTHER-MUCKER 12-1-2021 06:49 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2021 02:55 AM
CiliPadiSedap replied at 12-1-2021 02:45 AM
kata malaysia negara pertama dapat vaksin sinochan ni?

Arab saudi dah mula guna pada awal December 2020.
Quote anony-mous 12-1-2021 06:52 PM
Nk yg oxford boleh x
Quote baghal_bortuqal 12-1-2021 06:57 PM
mbhcsf replied at 12-1-2021 06:15 PM
hey yaaaaa..i bukan kisah botol ke , ape ke, is the avccne safe, effective and mana dia dossier , la ...

Kan?

Kalau sebelum ni lah gebang vaksin mana dibeli, harga dibeli.

La ni halal-haram Pon dia gebang jugak???

Quote me12345 12-1-2021 07:00 PM
Kualiti mcm brg kedai rm2 ke bsng KJ ?....
Quote mbhcsf 12-1-2021 07:16 PM
baghal_bortuqal replied at 12-1-2021 06:57 PM
Kan?

Kalau sebelum ni lah gebang vaksin mana dibeli, harga dibeli.

Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga sebelum ini telah mengiktiraf status halal vaksin ini, dan kita juga akan melakukan perkara yang sama bersama Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Kita akan jamin vaksin ini selamat untuk kegunaan umat Islam,”




see?

apa i kisah MUIS Indonesia iktiraf ke tak
i kisah dulu effectiveness dia dan dia nyer report
ni belum pun pihak berwajib yg dealt with the actual goods buat apa apa , dia start kompang awat ye ?

kalau mufti atau JAKIM kata tak halal , kang - nauzubillah lah but u know , kena lah berpada pada KJ ni pun.

awat ye...


u know i tak pakai poltician - i nak org KKM atau yg dalm sektor kajian vaccine ni cakap...


Quote tumpanglalu74 12-1-2021 07:21 PM
Edited by tumpanglalu74 at 12-1-2021 07:24 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-1-2021 06:35 PM
Jangan risau kerana arab saudi  telah lama menggunakan Sinovac ni tiada masalah!

Usah ko pecaye otak2 unte tu sume..  Depe lagi takde freedom of speech.  Siap potong kepale orang lagi!

Gini la pak muntri..  Baek kawtim dengan tok batin sakai mana2 mintak buad vaksin daripade ambek vaksin sepet cokia ney.  Aku pecaye lagi mujarab pakai bahan2 semulajadi dalam utan tu..
Quote Kerexxx 12-1-2021 07:24 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-1-2021 06:35 PM
Jangan risau kerana arab saudi  telah lama menggunakan Sinovac ni tiada masalah!

Ai nak pakai dr pfizer shj
Quote Dwdrum 12-1-2021 07:32 PM
Edited by Dwdrum at 12-1-2021 03:34 AM
mbhcsf replied at 12-1-2021 03:16 AM
Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga sebelum ini telah mengiktiraf status halal vaksin ini, dan kita ...


I lupa mahu reply u ask tentang gamaleya.. Kan sebab lintang pukang...

Gamaleya data memang tiada.. Mereka pre assessed untuk emergency use di philipines... Itu pun selepas duterte smuggle gamaleya  vaccinated his military offi er
Argentina dan belarus juga guna gamaleya betul ambil risk....
Quote kakikuDibibirmu 12-1-2021 07:34 PM
Asal cina jah mesti babi, asal babi jer mesti cina
Quote CiliPadiSedap 12-1-2021 07:42 PM
tumpanglalu74 replied at 12-1-2021 07:21 PM
Usah ko pecaye otak2 unte tu sume..  Depe lagi takde freedom of speech.  Siap potong kepale orang  ...

akak ada tengok youtube , orang asli kalau dah nazak dia akan buat satu para ( rumah atas pokok ) dia hantar yang nazak duduk atas tu. kalau dia boleh sihat sembuh sendiri  nanti dia akan muncul semula. kalau dah ajal dia takkan muncul . kaka boleh lah try camtu.


( tak semua orang asli amalkan adat mcm tu lagi, p/s: tok batin cakap pak belang kt malaysia banyak dh pupus di buru pemburu haram yang jumpa pun gajah je)
Quote tumpanglalu74 12-1-2021 07:42 PM


So, sebelom ape2 make sure dah tulis..  Takde la sesape memekak macam Ali Puteh & Pak Badol nanti.

Zugak, dilarang la memandu ye vaksiniman & vaksinita ney sume.  Karang eksiden orang lain yang mampos pulak..
Quote mbhcsf 12-1-2021 07:50 PM
Dwdrum replied at 12-1-2021 07:32 PM
I lupa mahu reply u ask tentang gamaleya.. Kan sebab lintang pukang...

Gamaleya data memang t ...

sinovac???

hahaahhaaahah  gilerszzz


Quote mbhcsf 12-1-2021 07:51 PM
Dwdrum replied at 12-1-2021 07:32 PM
I lupa mahu reply u ask tentang gamaleya.. Kan sebab lintang pukang...

Gamaleya data memang t ...

kalau depa bermutu , UK would have considered , consdered ye bukan order lagi...aiyooo hahahahahahaha
gilerzzzz
Quote pyropura 12-1-2021 08:09 PM
Zeneca/pfizer/moderna - utk.PN-UMNO
Sinovac/sinopek/cinapek - utk.Dapig
Quote pyropura 12-1-2021 08:11 PM
Kenapa ragu dgn.baksin chino, depa dah test kat panda pe.
Quote ultra78 12-1-2021 08:21 PM
Beli timbang kati ke?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.034712 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top