CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kru Memang Boleh Patuh SOP, Tapi Pelakon Tak" - Elfira Loy

12-1-2021 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6540| Komen: 30

Pelakon Elfira Loy mencadangkan sesi penggambaran ditangguh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diputuskan kerajaan bermula esok.


Kredit foto: IG Elfira


Dalam InstaStory miliknya, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, mengulang siar sebuah laporan berita mengenai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) penggambaran bagi sektor industri kreatif.

“Hal ini kerana, kru produksi boleh mematuhi SOP, tetapi tidak bagi pelakon. Berlakon mana ada pakai pelitup muka,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Elfira yang pernah popular menerusi drama Qalesya turut memahami kesusahan yang dialami kru produksi apabila penggambaran ditangguhkan.


Kredit foto: IG Elfira


Terdahulu, Finas menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini memutuskan segala aktiviti penggambaran di kawasan PKP adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, keputusan tersebut terpakai bagi enam buah negeri yang dikenakan PKP termasuk Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Finas juga mengambil maklum siaran akhbar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali yang telah memperincikan senarai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP di enam negeri yang dikenakan PKP.

“Walau bagaimanapun, sektor industri kreatif tidak tersenarai sebagai sektor ekonomi yang dibenarkan dalam tempoh PKP buat masa ini.

“Sehubungan itu, Finas ingin memaklumkan kepada semua syarikat produksi bahawa aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP,” tulis kenyataan tersebut.

Bagaimanapun tambah Zakaria, aktiviti penggambaran tetap boleh diteruskan di kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dengan syarat perlu mematuhi segala garis panduan dan SOP yang digariskan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Sumber: K! ONLINE

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-1-2021 06:45 PM
Kau berlakon pun cam celaka. Balik2 watak pompuan kampung busuk kepam, reality memang kau busuk pun. Pompuan yg dtg kl utk study dekat kolej yg gah, mewah. Lepas tu jadi dambaam jantan hingusan lalu membuatkan betina anak orka yg gedik, bergaya, suka jantan yg minat kau. Dan cerita ni tak lain tak bukan mesti dari maikel ang si kiat sentap. Sampah kau ni. Gedik pun yem lakonan pun tak berkembang. Sangkak, sama sangkak dgn mak kau yg acah moslemah padahal terang lagi bersuluh pandang duitm somi kau pun terpaksa layan perangai pprt kau anak beranak padahal dalam hati dia menyesal kawen dgn kau. Puihhhhh dekat muka basic kau! Puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh kau jeles sebab kau takde job lakonan dah kan??????!!! Sebab kau tau kalau kau bercerai, kau dgn mak kau dah tak mampu rasa kekayaan dunia dah kan?!! Buto kau
Quote solarlunar 12-1-2021 06:56 PM
Kurex replied at 12-1-2021 06:45 PM
Kau berlakon pun cam celaka. Balik2 watak pompuan kampung busuk kepam, reality memang kau busuk pun. ...

Boleh isytihar MCO 3.0 pas baca komen Kurex
Quote debab_78 12-1-2021 06:57 PM
Kurex replied at 12-1-2021 06:45 PM
Kau berlakon pun cam celaka. Balik2 watak pompuan kampung busuk kepam, reality memang kau busuk pun. ...

Apa benda la ayat ko kurex oii.. ckp la elok2 sikit...
Quote xLillyx 12-1-2021 07:00 PM
Pelakon lagi ke dia ni?
Quote azwanaliori 12-1-2021 07:13 PM
debab_78: Apa benda la ayat ko kurex oii.. ckp la elok2 sikit...


tahnye sakit betul hati dia si elpirah ni rezeki ditakdirkan kawin dgn orka
Quote alieyrina 12-1-2021 07:27 PM
Betui la tu..senang cakap Jgn belakon dlm tempoh ni..tggu habis pkp !
Quote MadameOnion 12-1-2021 07:29 PM
Diri sendiri pun sendu ada hati nak bagi opinion..hahaha
Quote exclusive_vvip 12-1-2021 07:31 PM
walaupun iols x suka elpirah ni, tapi i sokong pendapat dia sbb i pun x sokong shooting dijalankan semasa tempoh PKP ni..
Quote Suchi 12-1-2021 07:32 PM
Kalau semuanya bekerja mcm biasa bukan PKP namanya tu.
Buat PKP nak elakkan sebaran penyakit ditempat kerja hakikatnya tetap besok ramai yg still kerja mcm biasa.
Quote Megikari 12-1-2021 08:20 PM
Betul la pendapat dia tu. Drama filem nyanyi2 semua bukan essential sector, takyah la perasan macam rakyat jelata bakal menderita tanpa hiburan dari korang.
Quote ladybugz 12-1-2021 09:09 PM
agree with elfira. stop la shooting ape mende pun. dgn x pakai masknya, duduk dekat. berlakon sentuh2. dah terjadi kan sblm ni yg kes alif satar tu. die pun shooting non stop sblm kena tu.
Quote ~boolean 12-1-2021 09:21 PM
pendapat dia memang betul..tapi sebab dia kawin terus hidup senang...kalau dia pelakon merempat takdenya dia nak tulis macam ni..
Quote CiliPadiSedap 12-1-2021 09:27 PM
MadameOnion: Diri sendiri pun sendu ada hati nak bagi opinion..hahaha

Onion bukan opinion
Quote LadyCarefree 12-1-2021 11:33 PM
Betullah cakap elfir ni. Industri hiburan xpenting langsung.
Quote Jemahjemah 12-1-2021 11:53 PM
Kurex replied at 12-1-2021 06:45 PM
Kau berlakon pun cam celaka. Balik2 watak pompuan kampung busuk kepam, reality memang kau busuk pun. ...

Bhahahahaha laki dia helok. Boleh la tembat kurex
Quote katnissE 13-1-2021 12:45 AM
Bila tengok ramai dalam industri buat swab test dah boleh agak tak jaga SOP.   
Ada yang cover tak beritahu pasangan positif.
Sekarang kan kalau positif pun dok rumah dulu sebab tak cukup tempat kuarantin.
Quote Perawankota 13-1-2021 02:25 AM
Benda dia ckp tu betul sbb mmg jadi dpn mata. Tu belom LG ada yg dtg jugak set wlupon ada family members yg dah positive. Dasar penting diri sendiri.
Quote Redmyvi 13-1-2021 09:22 AM
Suchi replied at 12-1-2021 07:32 PM
Kalau semuanya bekerja mcm biasa bukan PKP namanya tu.
Buat PKP nak elakkan sebaran penyakit ditemp ...

ya suchi.. kami yg keje kilang tetapla keje mcm biasa.. tak mcm pkp pun.. cuma bos dan exec jer yg rotate dan work from home

Quote Suchi 13-1-2021 09:27 AM
Redmyvi replied at 13-1-2021 09:22 AM
ya suchi.. kami yg keje kilang tetapla keje mcm biasa.. tak mcm pkp pun.. cuma bos dan exec jer yg ...

Yg herannya sektor yg banyak sumbangkan kenaikan kes semua boleh beroperasi cam biasa.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036724 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top