CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lupakan Dalgona Coffee, Ini Dia Kek Batik Indulgence Wajib Try PKP Ini

13-1-2021 10:13 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11163| Komen: 32|Original author: Oleh: Cari-Azza



Lupakan Dalgona Coffee, kini ada resipi baru yang harus dicuba untuk PKP 2.0 ini, iaitu Kek Batik Indulgence.

Biarpun ianya tidak semudah minuman berkafein sebelum ini, namun jika anda mencuba dan berjaya membuatnya pasti seisi keluarga akan tersenyum riang.

Kemewahan Kek Batik Indulgence ini terserlah dengan gabungan tiga bahagian utama iaitu kek batik, krim keju dan juga ganache nya.

Pembuat kek tersohor, Muhammad Ali tidak lokek berkongsi resepi mewah ini dengan ahli FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)
.

Foto :FB

Resepi Kek Batik Indulgence

Bahan kek batik
- 4 biji telur
- 200gm mentega
- 300gm biskut merry
- 3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
- 2 sudu gula
- 4 sudu susu pekat
- Secubit garam (pilihan)

- Loyang 7 inci

Cara membuat kek batik
1) Panaskan mentega sampai cair dan masukkan semua bahan kecuali biskut, gaul sampai pekat.
2) Tutup api, biarkan dalam 2-3 minit, baru masukkan biskut.
3) Gaulkan dan mampatkan dalam bekas. Letak dalam peti sejuk antara 30- 40 minit.


Foto : FB


Bahan Cream cheese/ indulgence
- 120gm whipping cream
- 40gm gula kastor
- Setengah sudu kecil esen vanilla
- 250g cream cheese
- Gelatin (terpulang, kalau nak bubuh gelatin 10gm + 40ml air panas)

Cara membuatnya
1) Masukkan bahan-bahan diatas kecuali whiping cream & gelatin
2) Pukul sampai rata dan masukkan whiping cream dan gelatin
3) Tuang ke atas kek batik tadi.
4) Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam.


Foto : FB


Bahan untuk Ganache
- 100gm whiping cream
- 100gm dark chocolate
- 1 sudu kecil mentega

Cara membuatnya
1) Double boil semua bahan di atas.
2) Biarkan suam kemudian tuang ke atas cream cheese tadi.

Tinggalkan semalaman dan boleh dimakan.


Foto : FB


Tip
- Tujuan gelatin untuk potongan kek yang lebih cantik dan strukturnya lebih kukuh. Tetapi terpulang kepada cita rasa.

Jadi, macam mana? Rasa nak mencuba dalam tempoh PKP sepanjang 14 hari ini? Semoga berjaya - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 13-1-2021 10:22 AM
Mana dalgonanya?
Quote LadyCarefree 13-1-2021 10:24 AM
LadyCarefree: Mana dalgonanya?



Ooooooo laaaaa k k
Quote Megikari 13-1-2021 10:52 AM
Time pkp sebelum ni cukup susah nak cari cream cheese. Ni bakalan berulang lagi la ni
Quote pearl.silver 13-1-2021 11:08 AM
Kek batik indulgence ni dah up masa pkp 1st dulu la
Quote akies 13-1-2021 11:12 AM
Sedapp nya.
Kalau aku rajin, boleh try buat kat umah
Quote SayaSayangMama 13-1-2021 12:36 PM
Semua nk letak cheese. Yuckk. Iolss suka kek batik biasa je
Quote She-Ra 13-1-2021 12:39 PM
tetap peminat kek batik @ biskut milo yg aslinyaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Supersirap 13-1-2021 01:46 PM
Boleh cuba resepi ni
Quote fishcracker 13-1-2021 02:42 PM
Cream cheese atas kek batik tu macam muak pulak,tapi burnt basque cheesecake tu iol suke
Quote Asdira 13-1-2021 03:25 PM
Klu rajin nak buat sendiri..
klu malas, order kat jiran sebelah pintu..sebekas rm26 {:laugh
Quote RatuDunia94 13-1-2021 09:35 PM
Teringin nak makan iols order sudah lah.. malas nk berkecah2 kat dapur.. makannya x seberapa.. end up berangin badan nak kemas2 dapur..
Quote LostStar 13-1-2021 11:25 PM
Oh no... daku akn pertahankn tekak ni.. kalini nekad x nak terlajak lemak.. cukop la pkp 2020... 2021 tak nak naik lg.. tlg jgn share tak kuat nk tgk {:yameteh
Quote c===8 14-1-2021 03:51 PM
Megikari replied at 13-1-2021 10:52 AM
Time pkp sebelum ni cukup susah nak cari cream cheese. Ni bakalan berulang lagi la ni

baru tadi beli kat ekonsep dpn opis pasal anak ajak buat nutela ciskek, byk stok krimcis
Quote Adrif 16-1-2021 09:48 PM
manisnya resepi dia.. kita buat resepi kek batik, 4 bahan je pun dah rasa terlalu manis, ngilu gigi.

- Butter / Margerine - 1 cawan (250ml - 300ml)

- Susu pekat - 1 cawan (250ml - 300ml)
(tapi kita kurangkan setengah cawan, tak suka manis kuat. kalau banyak susu, nanti dia caramelized, kek batik jadi keras, liat.)

- Serbuk coklat (Milo/ Vico/ Ovaltine/ apa2 jenama) - 2 cawan

- Biskut Marie, satu paket.

benda paling senang nak buat.
panaskan kuali. masukkan margerine. dah cair, masukkan susu. gaulkan.
pastu masukkan milo sikit, kacau, masukkan lagi, kacau lagi, sampai habis.
kadang2 kita buh sesudu kecik esen vanila. saja je.
agak2 dah gaul sebati. tutup api.
patahkan biskut marie jadi 4-5 bahagian, campak, dan gaul sampai semua lekat, rata.

tuang dalam loyang. (kita lapik guna plastic wrap, senang cabut nanti, tak lekat loyang)
pastu tekan guna sudu bagi mampat. terus campak peti sejuk. 10 minit je keje.

kalau rajin sikit, topping kita buat custard.
kuali yang tadi, tuang 2 cawan air kosong. 2 sudu besar susu pekat. gaulkan.
pastu buh 2 sudu besar tepung custard. gaul sampai likat.
kejap je. pastu amik loyang kek batik tadi, tuang je topping custard tu.

pastu baling dalam peti sejuk balik.
20-30 minit kemudian. telan
Quote Adrif 16-1-2021 09:51 PM
Asdira replied at 13-1-2021 03:25 PM
Klu rajin nak buat sendiri..
klu malas, order kat jiran sebelah pintu..sebekas rm26 {:laugh

hah? kek batik RM26 sebekas?
dia buat macam dalam gambar atas tu ke? sedap tu
Quote my_irina 18-1-2021 06:47 PM
Fave suami i ollz kek batik
Tapi ntah la i ollz x koser nak buat
Mungkin sbb nak dia cut sugar or mmg nasib dpt wifey malas nak layan
Quote any42 22-1-2021 07:06 PM
Sdapnya lama xbt. Stakat nk mkn sorang tu yg mlas nk bt. Nk bli ssah nk jumpa yg sodap byk biskut je dr choc.
Quote linsh 10-2-2021 02:44 AM
Sedapnya tapi tak pernah success buat kek batik
Quote yssej16 17-3-2021 03:42 PM
terliur tgk kek batik ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.169083 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top