CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Di Rumah Pengasuh: "Arwah Tak Demam, Bayi Saya Sihat Dan Aktif"

13-1-2021 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5373| Komen: 29

"Dua hari sebelum (kejadian), saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan," kata Sofiarti Oktarina Yulizar, 28, menerusi status Facebook mengenai bayinya berusia empat bulan yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh di Presint 9, di sini, semalam.


Sofiarti berkata, anak lelakinya, Muhammad Rauf Iman Ahmad Rabbani masih sihat dan aktif serta hanya selsema biasa ketika dibawa bertemu doktor itu, dua hari sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

"Dalam laporan polis pun tiada kenyataan daripada pengasuh yang menyatakan bayi saya demam atau selsema. Bahkan pengasuh melaporkan bayi dihantar dalam keadaan sihat walafiat sahaja.

"Hal sekecil seperti ini boleh berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (warganet) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah.

"Yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua," katanya dalam hantaran itu.



Foto: FB

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan beliau dan dan pengasuh tiada dendam dan yakin individu terbabit menyayangi seperti anaknya sendiri.

Malah beliau juga memaafkan warganet yang memberi pendapat serta kecaman di dalam sosial media.

"Saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai.

"Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang," katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang bayi empat bulan meninggal di rumah pengasuhnya yang baru dihantar untuk penjagaan kira-kira dua minggu lalu.

Pengasuh berkenaan sedar bayi itu sudah meninggal dunia selepas cuba mengejutkan bayi itu bangun dari tidur namun tiada sebarang tindak balas.

Berikutan itu, pengasuh berkenaan terus menghubungi ibu bayi berkenaan dan pihak hospital untuk tindakan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 13-1-2021 08:11 AM
So meninggal sebab apa {:question
Quote raihaneem 13-1-2021 08:26 AM
Sedihnya....apnea ka...
Baby ni mmg kena pnjagaan betoi2...
Ya Allah..sedihnya..takziah pd parent anak syurga ni...Allahuakbar..


Dulu masa ada baby..tiap masa p tgk..sbb kdg tk nmpak sgt dada gerak bernafas...p tgk betoi2.. pegang dada..haa..yess Alhamdulillah sihat elok...

Risau oo..kdg baby tidoq lama..dah la diam ja..tak gerak..kena check sokmo..
Quote helicornia 13-1-2021 08:43 AM
tu dia nama mak
macam artis indon
btw takziah
Quote MissVixen 13-1-2021 08:49 AM
Anak sihat, takde apa2. Senangnya mak dia husnuzon dan tak marah dengan kecuaian pengasuh. Percaya 100%. Arwah ni ada adik beradik lain ke?
Quote ninnamina 13-1-2021 09:13 AM
raihaneem replied at 13-1-2021 08:26 AM
Sedihnya....apnea ka...
Baby ni mmg kena pnjagaan betoi2...
Ya Allah..sedihnya..takziah pd parent  ...

Sama la aku time anak kecik kejap2 tengok dia sampai la ni pun dah 4yo aku check sebab kekadang nampak dia tido kaku je xnampak tarik nafas.
Quote any42 13-1-2021 09:31 AM
So baby mnnggal sbb ape.
takziah. semoga kmbali btemu d syurga. al-fatihah
Quote EvieWanKenobi 13-1-2021 09:36 AM
empat bulan? keciknya..
Quote raihaneem 13-1-2021 09:45 AM
ninnamina replied at 13-1-2021 09:13 AM
Sama la aku time anak kecik kejap2 tengok dia sampai la ni pun dah 4yo aku check sebab kekadang na ...

Betul...risau..

Sbbtu risau jaga ank org...klau org terdesak nk suruh ngasuh...saya ngasuh tp pesan..ni saya jaga sementara dpt pengasuh lain..

Quote Suchi 13-1-2021 09:55 AM
helicornia replied at 13-1-2021 08:43 AM
tu dia nama mak
macam artis indon
btw takziah

Mungkin ada darah leluhur kot
Okta tu biasanya kalau lahir bulan oktober.
Penah kenal dgn pekerja indon ni nama dia Yuli Octavia kot gitu, dia kata semua adik beradik nama ada gabung ngn bulan kelahiran memasing.
Cth Febian, Augusto pastu apatah lagi.
Quote ifanonline 13-1-2021 09:58 AM
kpd ibu2 yg ada baby kecil...sila berhenti keje atau cuti tanpa gaji...jaga anak sampai 2 tahun...baru start keje balik...

tak kan pengorbanan mcm tu pun takleh buat?
Quote dudaberhias 13-1-2021 09:59 AM
comelnyaaaa... tapi kenapa boleh meninggal ye?
takde punca apa2 ke... sayangnya....
Quote babyleo68 13-1-2021 10:07 AM
Suchi: Mungkin ada darah leluhur kotOkta tu biasanya kalau lahir bulan oktober.Penah kenal dgn pekerja indon ni nama dia Yuli Octavia kot gitu, dia kata semu ...

Macam anak2 Iwan la oktovia manrose, aprena manrose ikut bulan lahir. Iwan pun asal Idonesia kan?
Quote haruslah 13-1-2021 10:17 AM
Katanya, mak ni nurse kan
Atau frontliner...x igt baca kat mana
Quote jazaa100 13-1-2021 10:22 AM
husie91 replied at 13-1-2021 08:11 AM
So meninggal sebab apa {:question

tersedak susu kot....

lepas menyusu terus masukkn dlm buai
Quote jazaa100 13-1-2021 10:25 AM
Suchi replied at 13-1-2021 09:55 AM
Mungkin ada darah leluhur kot
Okta tu biasanya kalau lahir bulan oktober.
Penah kenal dgn pekerj ...

memang ada darxh indon le tu.....

ramai je ank indon dok keja kerajaan kat putrajaya tu....mak bapak ic merah.....ckp & perangai trisna habis.....dah anknya ic biru, dpt le keja kerajaan
Quote LadyCarefree 13-1-2021 10:30 AM
ifanonline: kpd ibu2 yg ada baby kecil...sila berhenti keje atau cuti tanpa gaji...jaga anak sampai 2 tahun...baru start keje balik...tak kan pengorbanan mcm tu p ...


Totally agree. Cut down cost apa yg xperlu.
Quote mamajawie 13-1-2021 10:52 AM
jazaa100 replied at 13-1-2021 10:25 AM
memang ada darxh indon le tu.....

ramai je ank indon dok keja kerajaan kat putrajaya tu....mak  ...

untung la anak leluhur dpat keje gomen..yg mmg anak jati sendiri payah namati dpt pluang keje gomen..haishhh

Quote Jorja 14-1-2021 08:56 AM
I tumpang simpati pada ibu2 bkerja yg tdk mampu nak cuti tanpa gaji utk besarkn anak.. tu lah kalau ada perempuan cari suami kaya jgn kutuk2
Quote Itzy 28-2-2021 01:10 PM
MissVixen: Anak sihat, takde apa2. Senangnya mak dia husnuzon dan tak marah dengan kecuaian pengasuh. Percaya 100%. Arwah ni ada adik beradik lain ke?


Kalau redha dan bersabar, inshAllah pahal syurga untuk mak bayi ni. Anak dia dah tunggu dia kat syurga. Itu untungnya orang yang bersabar. Segala benda kat dunia ni hanya pinjaman.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034566 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top