Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
JAIS dalam kenyataannya berkata, siasatan tersebut dibuat berikutan tindakan Muhammad Sajjad, 36, di dalam negeri Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai pelakuannya pada 2018 dan 2020. Katanya, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan Muhammad Sajjad berkaitan insiden melibatkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini. “Muhammad Sajjad telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut. Pegawai penguat kuasa berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan keterangan mengenai laporan dibuat (itu),” katanya. Kosmo! terdahulu melaporkan Muhammad Sajjad mendakwa ditahan pada 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu.
Dia mendakwa telah dilayan tidak wajar seperti digari walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. Sumber: K!ONLINE |
jalfa replied at 13-1-2021 09:19 AM
Kenapa sampai kena gari jat..mesti meronta x nak dok lokap wanita kan....
Orix replied at 13-1-2021 12:01 PM
laki pakai mcm pompuan JAIS tangkap, laki yg biawak pondan tak reti bayar nafkah utk anak haderrr JA ...
ADVERTISEMENT