Ketika kita enak menikmati makanan lima kali sehari, tanpa kita sedari ada keluarga yang berlapar tanpa ada sedikit pun makanan untuk dijamah. Lihat sahaja perkongsian para aktivis di media sosial, betapa sebenarnya ramai lagi keluarga yang dikategorikan sebagai miskin.
Ada yang terpaksa mencatu makanan, namun ada juga yang terpaksa meminta simpati orang lain, sebagaimana kisah seorang ibu tunggal yang dikongsikan oleh aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang. "Sedih... dia berani redah balai polis minta makanan. Suaminya sudah meninggal dan dia sudah kehilangan kerja kilang selama satu bulan. Ada tiga anak kecil berusia lima, empat dan tiga tahun. Emaknya tua, seorang pesakit yang kini berada di HKL.
"Kesian... pukul 10 malam dia masih tak makan dengan anak-anaknya. Perempuan India ini berani dan nekad pergi redah Balai Polis Sungai Buloh minta dibantu kerana dia yakin dan pasti balai polis boleh bantu. "Nak call JKM dah tutup ofis. Call Talian Nur? Bukan boleh hantar makanan on the spot. Anak-anak kecil menangis di rumah. Nasib baik polis ada nombor telefon kita. Pegawai polis call saya untuk pergi ke balai polis dan bantu," tulis Uncle Kentang pada satu posting di Facebook. Cerita Uncle Kentang, tanpa berlengah dia segera menuju ke Balai Polis Sungai Buloh untuk membantu ibu tunggal berkenaan. Sebak mendengar kisah ibu kepada tiga anak yang masih kecil itu, Uncle Kentang bukan sahaja menghulurkan bantuan berupa wang tunai, malah mahu membelikan sebuah peti sejuk untuk wanita tersebut demi kemudahannya sekeluarga. "Pakai selipar ke balai. Bawa duit selesaikan kelaparan. Kita 'kawtim' semalam on the spot. RM500 diberi. Saya tanya rumah ada apa. Apa pun tak ada. Tak apa nanti saya bagi peti sejuk. "Kerana ia penting untuk simpan ubat insulin mak. Simpan ubat bukan simpan sayur. Senyum dia. Datang balai polis, dapat peti sejuk. Akan kita belikan hari ini (Selasa). Besok PKP," cerita aktivis kebajikan itu lagi. Dalam perkongsian tersebut juga Uncle Kentang turut memuji tindakan pegawai polis di balai berkenaan kerana 'menyelamatkan' tiga kanak-kanak kecil yang sedang kelaparan. "Tabik pada abang-abang polis semua yang boleh mengarahkan wanita itu tinggalkan balai polis tapi tak sampai hati, lantas hubungi kita. Semoga kamu semua dirahmati Tuhan. "Tahniah kerana kamu menyelamatkan tiga anak kecil yang dalam kelaparan. Walaupun ia bukan skop tugas hakiki polis, kamu telah pamerkan nilai agama dan mutu perkhidmatan yang tinggi dan cemerlang. Nanti kita bagi surat penghargaan dari Uncle Kentang," katanya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih lebih 100 perkongsian di Facebook selain dibanjiri ratusan komen netizen. Ada di antara mereka menyifatkan wanita itu melakukan tindakan yang betul dan tidak mencuri walaupun sungguh terdesak. "Itulah yang terbaik. Susah macam mana pun, pergilah minta bantuan dekat mana-mana pun dengan cara baik. InsyaAllah akan ada orang yang akan bantu. Jangan merompak, ragut atau buat benda-benda yang tak elok kan," komen seorang netizen. "Ini bari betul caranya, bukan pregi mencuri atau minta sedekah. Pergi balai insyaAllah ada jalan penyelesaian," komen seorang netizen lain. -CARI Sumber: mStar Online
|
krustykrab replied at 13-1-2021 08:45 AM
Korg tgk la impact pkp kat manusia...korg terlalak2 mintak pkp berbulan2 sbb walau korg x keje gaji ...
tagas replied at 13-1-2021 08:56 AM
dlm ekonomi kita panggil kos lepas
so pilih
krustykrab replied at 13-1-2021 08:45 AM
Korg tgk la impact pkp kat manusia...korg terlalak2 mintak pkp berbulan2 sbb walau korg x keje gaji ...
krustykrab replied at 13-1-2021 09:01 AM
Apa pun pilihannya...org2 susah akn alami impact yg paling teruk dlm hidup mrk...jd kita jgn selfi ...
tagas replied at 13-1-2021 09:26 AM
baru sikit ujian kena buang keja banding impak lg besar melarat & mudarat
ramai mati
helicornia replied at 13-1-2021 01:01 AM
aku suka ankel kentang ni
tolong orang takde nak post meratap hiba, letih penat segala
takde nak ...
krustykrab replied at 13-1-2021 09:30 AM
Segelintir?
Tak de rasa empati langsung ke kat golongan susah?mati krn kobid atau tgk je family m ...
tagas replied at 13-1-2021 09:40 AM
So mane lebih mudarat?
no need pkp biarkan lebih ramai mati di jangkiti
krustykrab replied at 13-1-2021 08:45 AM
Korg tgk la impact pkp kat manusia...korg terlalak2 mintak pkp berbulan2 sbb walau korg x keje gaji ...
krustykrab replied at 13-1-2021 09:50 AM
Mcm mana ko nk kata yg ini mudarat lebih kt ko tapi less mudarat kt org lain dan sebaliknya..
Ko ...
krustykrab replied at 13-1-2021 09:50 AM
Mcm mana ko nk kata yg ini mudarat lebih kt ko tapi less mudarat kt org lain dan sebaliknya..
Ko ...
krustykrab: Apa pun pilihannya...org2 susah akn alami impact yg paling teruk dlm hidup mrk...jd kita jgn selfish sgt..
ADVERTISEMENT