CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Jadi Isteri Kelima Pun Takpe Lah, Kan?'

13-1-2021 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6350| Komen: 25

Walaupun dibenarkan dalam agama, tidak semua wanita sudi dimadukan atau menjadi madu dalam sesebuah perkahwinan.

Namun, jika sudah menjadi takdir untuk hidup berkongsi suami, siapalah manusia untuk menolak jodoh.



Kredit foto: TikTok

Walaupun jarak usia masing-masing sangatlah jauh, ia tidak menjadi penghalang mencapai kebahagiaan hakiki. Baru berusia 25 tahun, gadis ini nampaknya gembira berkongsi kisah rumah tangganya secara terbuka.

Menerusi TikTok, Karina mendedahkan dirinya menjadi 'orang rumah' kelimaa iaitu yang paling muda di antara madu lain.

Isteri pertama telah pergi buat selamanya menghadap Ilahi, yang keempat pula sudah melalui episod perpisahan manakaa tiga daripadanya mempunyai ikatan sah.

Meskipun dengan jarak usia 24 tahun, mereka tidak langsung kekok, malah bahagia dalam membina rumah tangga.



Pastinya menjadi isteri kelima bukan hal mudah, tetapi Karina tidak menganggapnya sebagai suatu masalah besar asalkan suami berusia 49 tahun itu berlaku adil dalam membahagikan masa sesama mereka.

Malah, dia begitu gembira kerana tidak disisihkan, sebaliknya sering diajak keluar bersama selain diberikan perhatian sama banyak.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 13-1-2021 09:11 AM
Masa tengah bahagia bolehlah sembang..
Tapi laki dia nampak baik
Quote EvieWanKenobi 13-1-2021 09:22 AM
masa tengah bahagia lupa la sekejap masalah..
Quote depresio 13-1-2021 09:47 AM
Apesal yg muda selalu sibuk nk share konon bahagia ek?
Quote nanies 13-1-2021 09:52 AM
hahahahha benda tgh sedap. tunggu besok lusa, mesti tetiba kata tak adil la, itu la ini la.. kot mmg lelaki tu boleh buat kesemua madu2 bahagia, pasal apa yg nombor 4 cerai. fikir fikir kan laaaa
Quote mamajawie 13-1-2021 10:49 AM
apsal yg muda lak beria tunjuk bahagia?yg tengah dlm proses cerai tu apsal nak berpisah lak?konfem2 la xbahagia xpun slack kt somi sbb xadil..yihh sgat
Quote Jemahjemah 13-1-2021 10:58 AM
Siapa laki dia? Sorry xtau sp ni. Untung la jd isteri muda.
Quote Megikari 13-1-2021 11:11 AM
Kalau laki dia baik, takde nya la dia nak madukan bini2 dia. Lain la kalau bini muda tu ibu tunggal anak 5 ke.

Biasa la baru2 kawin memang ghairah la geng2 bini muda ni nak tayang bahagia kat socmed. Gigih nak bagitau dunia yg madu terima baik, laki layan adil. Nak justify yg dia tak rampas laki orang, sebaliknya cuma berkongsi kebahagiaan. Dah masuk 2 ke 3 tahun nanti baru start meroyan.
Quote helicornia 13-1-2021 11:50 AM
apa benda citer ni?
tetiba ckp isteri ke5
sapa/ di mana?
dah le citer pun tak best
Quote Daiken 13-1-2021 12:10 PM
dahsyat buah pelam kat belakang rumah tu....
Quote batu kikir 13-1-2021 12:15 PM
Pompuan... pompuan....
Asal berlaki
Quote Adrif 13-1-2021 03:44 PM
prologue sinetron

apa tajuk sesuai agaknya untuk drama ni?

p/s: tajuk haruslah memeningkan dan menimbulkan tanda tanya tetapi logik
Quote Radzor 13-1-2021 08:10 PM
nak tgk tiktok bini pertama yg maseh hidup plak
Quote anilanil 14-1-2021 08:42 AM
Bini dia baru 25? Muka & dressing mcm 35.
Quote Meiizu 14-1-2021 02:57 PM
Aku suka tiktok yg kelakar,yg dance best2laa..
Lately nyampah plak tiktok syle info diri sendiri buwekkkk
Ko ingat ko tu ensiklopedia?
Dah laaa wife ke5
Lagi satu
Yg jenih tiktok tunjuk jari kiri kanan atas tu..ehh siyesss tak menghiburkan
Quote farlis 14-1-2021 03:03 PM
busannnnn...
Quote beatgirlX 14-1-2021 07:22 PM
Macam2 laa..bahagia la SB ko yg muda buat masa sekarang...
Quote whadda 18-1-2021 12:46 AM
Bahagia la duit laki berkepok

Indon ke?? Istri istri
Quote bluebutter 8-2-2021 06:27 PM
Kat mnni.


Tapi dua dua nmpk bersiap lh. Lawa.
Quote stinger.baik 8-2-2021 09:44 PM
laki tu rabun ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.348410 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top