CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Impi Nak Menang Anugerah, Meerqeen Lebih Menyerlah Berbanding Juara Hero Remaja

13-1-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13552| Komen: 83

Bintang baharu ini wajar diberi perhatian biarpun 'masih hijau' dalam bidang seni terutama kerjaya lakonannya kerana nama Meerqeen kini semakin menjadi sebutan ramai.

Malah, pemenang tempat ketiga pada program Hero Remaja 2020 ini juga sudah menjadi rebutan stesen TV dan penerbit drama tempatan untuk menampilkannya sebagai hero dalam karya terbitan mereka.

Lebih membanggakan Meerqeen, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam adalah tahun 2020 ditutup dengan catatan indah apabila drama lakonannya sebanyak 70 episod iaitu Angkara Cinta yang ditayangkan di Astro Prima mendapat sambutan penonton.



Ia sekali gus menjadikan Meerqeen antara hero baharu yang disebut-sebut bakal bersinar sepanjang tahun ini. Malah, ramai menantikan buah tangan terbaharu jejaka kelahiran Selangor ini.

Tidak keterlaluan juga dikatakan, nama Meerqeen lebih ke depan berbanding juara. Menjawab persoalan itu, Meerqeen menganggap ia adalah hasil usaha diri sendiri.

"Secara jujur, saya tidak pernah menjangka nama naik secepat ni. Saya anggap ini adalah rezeki. Rezeki tak pernah salah alamat.

"Soal lebih dikenali daripada juara, pada saya semua ini berpunca daripada diri kita juga. Kalau kita rajin dan tak pernah mengalah dengan apa yang kita buat, Insya Allah jalan kita dalam industri akan mudah.

Mungkin disebabkan itu saya lebih dikenali," katanya.



Menyedari hakikat perjalanan menjadi anak seni bukan semudah disangka, Meerqeen berkata, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Soal populariti dan kontroversi, Meerqeen menyifatkan dua elemen itu perlu bersatu dalam bentuk yang baik sekali gus menjadikan ia cerminan diri.

"Kalau nama saya disebut-sebut sebagai hero dan pelakon yang akan menyerlah tahun ini, Insya Allah, Itu adalah matlamat saya dalam bidang lakonan. Kita tunggu dan lihat saja.

"Saya juga bersetuju jika dikatakan populariti dan kontroversi perlu seiring. Tapi, kontroversi itu biarlah yang sihat dan berlangsung dalam keadaan baik. Bagi saya, setiap apa yang kita lakukan adalah cerminan kita.

"Soal sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang, Insya Allah, saya sentiasa bersedia," katanya.


Foto: IG

Tipu jika dikatakan artis yang terjun dalam bidang seni tidak mengimpikan penghargaan atau anugerah atas usaha yang sudah dilakukan. Sama ada anugerah berbentuk terbaik atau popular, keduanya juga adalah pencapaian.

Bagi Meerqeen, memenangi anugerah juga menjadi sasaran, tapi apa yang perlu dilakukan dahulu adalah belajar dan terus belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri.

"Prinsip saya apabila masuk dalam industri hiburan ada banyak sebenarnya. Secara jujur, semua pelakon inginkan anugerah begitu juga saya. Saya memang idamkan anugerah dalam bidang ini. Jadi sekarang ini saya banyak belajar dan akan datang 'i' ll become a star'.

Selain mahu terus berjuang sebagai pelakon, Meerqeen mengakui mahu mencuba bidang nyanyian.

"Saya minat menyanyi, tapi buat masa sekarang saya memang fokus dalam bidang lakonan dulu. Tapi, Insya Allah perancangan itu ada," katanya.


Ditanya mengenai soal peribadi, Meerqeen mengakui selesa untuk berahsia tanpa berkongsi kepada umum.

"Saya lagi selesa simpan kisah peribadi, tapi ia terpulang kepada bentuk cerita. Kalau perlu dan selesa dikongsi akan kongsi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 13-1-2021 09:11 AM
Sian jugak kat nadir. Sure org tya nape nadir tk berlakon. Yg produksi punn..napelah pilih basic face jadi dewa remaja demi nk penuhi wajah basic also boleh jadi dewa remaja...tiada bias wajah kacak dgn wajah basic.

Alih alih produksi drama pilih muka kacak gak jadi pelakon deme...
Quote Noraniza_Iblis 13-1-2021 09:18 AM
dh hero yg menang nye pun..
muka biasa2...
dpt lak penerbit gatai bijik cm nek aida..
yg pilih muka helok je..
mmg payah la nk dpt job
Quote fcl29 13-1-2021 09:33 AM
aku tetap suke juara hero remaja tu.. nadir pon ada berlakon jugak la..
Quote haruslah 13-1-2021 10:01 AM
Camne nak sebut nama dia ni?
Quote Orix 13-1-2021 10:05 AM
bluebutter replied at 13-1-2021 09:11 AM
Sian jugak kat nadir. Sure org tya nape nadir tk berlakon. Yg produksi punn..napelah pilih basic fac ...

iols rs meerqeen ni mmg juri aim nk bg juara, tp jawapan dia ms final round psal jawapan bunga matahari tu cringe n nmpak x berapa cerdik.... tu yg dpt kt org lain
Quote kelapaparut 13-1-2021 10:15 AM
kalu masuk hero heroin remaja ni mudah jd pelakon ye..
Quote soondingie 13-1-2021 10:18 AM
hensem n tinggi merqeen ni.berlakon pun quite ok.i suka character die dlm angkara compare to hun
Quote laksmanabentan 13-1-2021 10:22 AM
uikkk bibir dia.. ala2 duck gitu..
hahaha...
Quote tobobon 13-1-2021 10:23 AM
hari tu bukan depa kata hero remaja bukan nak cari pelakon/ retis semata2 ..katanyalah...
Quote Megikari 13-1-2021 11:05 AM
Tertengok drama ni masa makan kat mamak hari tu. Not bad la budak ni berlakon, tak kayu. Ada harapan gi jauh. Tapi dalam drama ni aku tak suka tengok anak boleh tengking mak bapak sesuka hati. Huhh!
Quote mieymiey 13-1-2021 11:07 AM
Iols google pemenang hero remaja 2020 dan iols rasa heols boleh jah berlakon jadi hero punya kawan baik atau hero punya kawan serumah.
Quote jijilaaa 13-1-2021 11:20 AM
tak selera
Quote follesegal 13-1-2021 12:41 PM
bluebutter replied at 13-1-2021 09:11 AM
Sian jugak kat nadir. Sure org tya nape nadir tk berlakon. Yg produksi punn..napelah pilih basic fac ...

ade je budak nadhir tu blakon.. kt drama megadrama astro kn..
Quote follesegal 13-1-2021 12:43 PM
Orix replied at 13-1-2021 10:05 AM
iols rs meerqeen ni mmg juri aim nk bg juara, tp jawapan dia ms final round psal jawapan bunga mat ...


iols pulak rasa juri saja ptahankn meerqeen ni btahan smpai final sbb nak rating ramai pnonton mlm tu.. sbb dia kn ada pakej rupa..sbb kalau ikutkn, mggu3 sblm tu bgus lagi finalis lain dr meerqeen..juri mmg suka nadhir tu dr mula hr sbb potensi dia..
Quote bambimbom 13-1-2021 12:47 PM
senyuman Merqeen yang manis.... cair sis!!!!


















Quote saaya 13-1-2021 01:21 PM
Layan je jah Meerqeen ni berlakon watak utama dalam Angkara Cinta. Lakonannya untuk newcomer boleh lah diterima, mungkin dimasa hadapan bila dah diasah bakat tu lagi akan lebih bagus. Bosan dah tengok hero2 senior kertu berlakon watak2 muda belia ni. Baguslah ada pelapis ni. Tidaklah balik2 muka sama je berlakon kan.
Quote Redmyvi 13-1-2021 01:50 PM
Banyaknya pelakon muda baru.. kalau nak harap sam jadi hero memang jauh sgt dah..
Quote fealefea 13-1-2021 02:56 PM
Nk cari dewi dan hero remaja mmg muka kene siap. Kalau x dilupakan. Ingat tak Alif Muhaimin juara sebelum Nadir tu. X kan. Hmmm. Prmilihan juara yang slah membunuh jenama hero dan dewi remaja pon.
Quote orglama 13-1-2021 03:20 PM
elok...jauh better thn juara hero remaja time tu

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044178 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top