Kematian taikun perniagaan, Luo Lili menggemparkan dunia sosialit Hong Kong. Lili dilaporkan media tempatan seperti dipetik The Sun, membunuh diri dengan terjun dari penthouse kediamannya.
Lebih mengejutkan, wanita itu mengakhiri riwayatnya pada usia 34 tahun bersama bayi perempuannya berusia lima bulan. Difahamkan, usahawan berjaya yang mendirikan syarikat TriBeluga pada 2014 itu ditemui memeluk anaknya dalam keadaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Tindakan nekadnya itu mengejutkan orang ramai memandangkan beliau dilihat bahagia di hadapan khalayak selain sering memuat naik foto bersama bayi berkenaan, Aier. Menurut laporan, Aier kali pertama diperkenalkan ibunya di Instagram pada 2 September 2020. Manakala, kali terakhir gambar mereka dikongsikan adalah pada 7 November tahun lalu iaitu sempena usia 100 hari anaknya itu. Menurut laporan, Lili yang melabel dirinya ibu tunggal membunuh diri akibat depresi selepas melahirkan. Pun begitu, pihak berkuasa masih belum mengesahkan dakwaan berkenaan. Anak tunggal taikun dan pemilik Jinlin Real Estate itu sebelum ini terkenal kerana pernah bersemuka dengan Hillary Clinton dan berteman dengan Rita Ora serta pemenang Olimpik Guo Jingjing. - CARI
|
nanies replied at 13-1-2021 10:10 AM
stress kot beranak sesorg. muda2 dah jadi ibu tunggal.
supernaturalee: ada sorg tu upload xtvt renovate muka yg x siap2latest dh kembung mcm pelakon lm tujgn ujung2 ko mcm ni udah
mamajawie replied at 13-1-2021 02:47 AM
mmg da bercerai ngan somi ke?Allahuakbar kesiannya la kat dedua ni..I bet anak dia pun meninggal ska ...
ADVERTISEMENT