|
Gara-gara memasuki kedai farmasi di sini tanpa mengenakan pelitup muka, pelakon legenda Bruce Willis, 65, dihalau keluar dari premis itu, baru-baru ini.
Menurut laporan, bintang filem Die Hard itu enggan menutup langsung mulut dan hidungnya sewaktu memasuki premis terbabit walaupun sehelai skaf kelihatan tergantung di lehernya. Tindakannya itu sekali gus mencetuskan kemarahan pelanggan lain dalam farmasi berkenaan. Dia kemudian keluar dari premis itu tanpa membeli apa-apa selepas dihalau. Insiden itu berlaku selepas jumlah kematian akibat Covid-19 mencecah lebih 30,000 orang di California dan Los Angeles adalah kawasan paling terjejas dengan jangkitan virus itu. Seramai 10 orang disahkan positif Covid-19 setiap minit di bandar raya menyebabkan penduduk diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa terutama ketika keluar membeli-belah atau bercampur orang lain.
Willis tidak berselindung mengenai dirinya menjalani kuarantin bersama sejumlah besar keluarganya walaupun ia ditegah. Dia juga berkongsi keluarga besarnya meraikan Krismas beramai-ramai, Disember lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Redmyvi replied at 13-1-2021 02:11 PM
Pakcik bruce nak beli apa tu kt farmasi.. nak beli mask kot.. stok mask dh abes


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.042472 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.