CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengusaha Restoran Terkesan, Hari Pertama PKP 2.0 Perniagaan Merosot Sampai 80%

13-1-2021 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4942| Komen: 25

Foto Arkib NSTP



Kuala Lumpur: Sejumlah 4,200 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) terdiri pemilik restoran di enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkesan dengan pelaksanaan itu.

Presidennya Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, hari pertama PKP 2.0 hari ini mendapati perniagaan merosot sehingga mencecah 80 peratus sekaligus menjejaskan pendapatan ahli.

"Kami sedih dan kecewa kerana terdapat ramai ahli terpaksa gulung tikar akibat PKP sebelum ini. Keadaan itu memberikan sedikit kegusaran kepada peniaga apabila PKP 2.0 dilaksanakan.

"Kami berharap sedikit kelonggaran diberi kepada peniaga," katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, beliau berkata, PRESMA mencadangkan kerajaan supaya memberi sedikit kelonggaran untuk restoran dan penyedia perkhidmatan makanan beroperasi dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti sebelum ini, termasuklah mengehadkan jumlah pelanggan kepada dua orang setiap meja.

"Cadangan itu berdasarkan pengalaman ketika PKP tahun lalu yang terbukti berkesan mengekang penularan wabak Covid-19 dan membantu ekonomi pengusaha restoran," katanya.

Selain itu, katanya, PRESMA juga ingin memohon waktu operasi dilanjutkan dari 6 pagi hingga 8 malam kepada 10 malam bagi membolehkan orang ramai mendapatkan makanan pada waktu malam.

Beliau berpuas hati dengan pematuhan SOP dalam kalangan ahli dan ahli PRESMA di enam negeri PKP komited untuk mematuhi arahan serta SOP ditetapkan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bersama kerajaan membantu petugas barisan hadapan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan negara bebas daripada wabak berkenaan.

Pendapat sama turut disuarakan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) yang berpandangan kelonggaran diberikan pada PKP kali ini perlu diteliti sebaik mungkin.

Presidennya Che Hassan Che Johan berkata, ia termasuklah menggunapakai kaedah sama ketika PKP Pemulihan (PKPP).

"Sudah tentu ia akan menggerakkan ekonomi menerusi aktiviti perniagaan.

"Namun perlu ditegaskan, kelonggaran ini masih tertakluk kepada SOP. Sekiranya ada yang melanggar arahan, tindakan sewajarnya harus diambil," katanya.

Katanya, semua pihak perlu akur dengan pelaksanaan PKP demi memutuskan rantaian Covid-19, namun pada masa sama, kerajaan juga perlu tampil dengan inisiatif untuk membantu golongan peniaga yang masih dalam proses pemulihan.



Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damsel_fiji 13-1-2021 08:28 PM
memekak je mamak ni kan..padahal klu diperhatikan geng2 dorg ni la paling x ikut SOP..dah la pekerja mostly wargasing
Quote shark 13-1-2021 08:32 PM
damsel_fiji replied at 13-1-2021 08:28 PM
memekak je mamak ni kan..padahal klu diperhatikan geng2 dorg ni la paling x ikut SOP..dah la pekerja ...


mamak ke? dah buat untung kaw2 baru sehari pkp dah komplen ke..lain2 acik2 pasar malam.mana la dorang niaga


Quote damsel_fiji 13-1-2021 08:33 PM
shark replied at 13-1-2021 08:32 PM
mamak ke? dah buat untung kaw2 baru sehari pkp dah komplen ke..lain2 acik2 pasar malam.mana la d ...

presma kan..mamak lettew
Quote akusukaq 13-1-2021 08:37 PM
Lagi cepat gulung tikar lagi bagus, lalu betul
Quote jalfa 13-1-2021 08:44 PM
Ha ha..aku  makan mamak tempat aku sebab ada aircond je..
Quote Skuau 13-1-2021 08:50 PM
aritu aku duk..ko x layan...aku blah....'ARINI'...ko dh meratap pilu..cepatnya dpt cash.
Quote daisy71 13-1-2021 08:57 PM
Kedai tomyam yg tauke orang thailand ni memang banyak yg tak reti undang2... Selamba je ada yg nak buat bungkus sampai pukul 12 malam. Mana yg tauke sini elok je patuh undang2. Kalau kena saman.. Kena sita.. Baru tahu. Ikut je la undang2. Biar mamak2 ni buat kerja dulu mintak kerajaan tutup kul 10 malam.  Kalau kerajaan bg baru ikut. Kalau kat negara sendiri pandai takut.
Quote akies 13-1-2021 09:57 PM
Sejak pkp mac tahun lepas..aku tk singgah dah makan kt kedai mamak.
Seriau aku sbb pekerja ada yg warga asing.
Quote ifanonline 13-1-2021 10:00 PM
mamak boleh di ganti, nyawa tak leh di ganti
Quote salmon-suki 13-1-2021 10:07 PM
Halaaa..harga pun dah markup kaw kaw kan..merosot tu biasa laa..org lain terus hilang keje lg sedih oitttt~~
Quote isseliparjepun 13-1-2021 10:13 PM
Makanan mamak sentiasa lebih mahal dari kedai biasa kerana alasan 24jam, tapi makanan banyak isu termasuklah makanan basi dan berulat serta tahap kebersihan yang meragukan. Kenapa nak treatment special pula waktu PKP ni? Boleh take away pun okaylah tu dari langsung tak dibenar beroperasi atas macam macam isu.
Quote drivethru 13-1-2021 11:24 PM
Masak banyak2 tak laku. Esok panas kan balik. Sampai abang jamil mampos.

Quote me12345 13-1-2021 11:36 PM
Kan tak boleh dine in..gigih susun kerusi meja kat luar nape...ayoyoo..
Quote Itzy 14-1-2021 12:54 AM
Cepat2 la tutup kedai2 mamak ni, dah la jual lauk2 kitar semula. Aku pernah sekali gi kesai mamak beli buat balik. Bila makan bau cam lauk kitar semula dan rasa cam nak basi. Dah la mahal giler. Cekik darah tol. Lepas tu aku serik dah makan kedai mamak. Kedai melayu pun aku jarang beli. Baik masak sendiri bersih dan jimat.
Quote Itzy 14-1-2021 12:55 AM
Kesian para doktor dan jururawat nak rawat kes berlambak-lambak. Elok la tutup sekejap kedai2 mamak ni.
Quote pyropura 14-1-2021 01:32 AM
isseliparjepun replied at 13-1-2021 10:13 PM
Makanan mamak sentiasa lebih mahal dari kedai biasa kerana alasan 24jam, tapi makanan banyak isu ter ...

Tapi kes keracunan makanan sering terjadi melibatkan peniaga Melayu. So tak tepat.stetmen ini
Quote Jorja 14-1-2021 07:12 AM
Tumpang simpati pada yg terkesan.. tak berani nak mengata org kena musibah walaupun I gaji tetap tiap bulan
Quote Redmyvi 14-1-2021 08:18 AM
Nasi kandar apatah kt sungai dua dh buat drive thru.. cuba la buat drive thru dan delivery..
Quote capiloton 14-1-2021 09:25 AM
yang mencela ni mostly work (tido) from home,
tapi bulan2 gaji penuh.

harap kerajaan dan syarikat swasta potong gaji korang semua nih.
baru sama2 merasa beban orang lain di luar sana  

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039097 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top