CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamak Bakar Rumah Sebab Bapa Tak Belikan Motor

14-1-2021 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2392| Komen: 7

Hajat memiliki motosikal tidak dapat ditunaikan menyebabkan seorang anak sanggup membakar rumah ibu bapanya di daerah Kulon Progo, di sini.

Remaja berusia 17 tahun itu sebelum ini meminta bapanya membelikan sebuah motosikal. Namun, disebabkan kekangan kewangan kerana bekerja sebagai petani, hasrat itu tidak dapat ditunaikan.



Kredit foto: HMetro/TribunNews

Menerusi laporan Tribunnews.com, suspek bagaimanapun enggan menerima alasan itu dan berang dengan bapanya.

Kelmarin, adalah kemuncak kemarahan apabila suspek membakar rumah yang didiami bersama ibu bapanya sebagai tanda protes.

Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry berkata, bimbang anaknya bertindak lebih 'dahsyat' menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar mengerjakan tanaman di sekitar kampung.


"Namun, sebaik pulang ke rumah, mereka terkejut apabila melihat pintu depan rumah sudah terbakar.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih 500,000 rupiah (kira-kira RM150)," katanya.

Beliau berkata, mangsa mengesyaki anak lelakinya membakar rumah kerana tidak dibelikan motosikal seperti diminta.

Hasil risikan berjaya menahan suspek yang mengakui bertindak sedemikian kerana marahkan orang tuanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-1-2021 08:26 AM
Ko duduk je laa ataih tanah dik oii.. nak moto.. cari duit sendiriklaa..perangai sial mcm kaksk aku
Quote nanies 14-1-2021 09:54 AM
skrg motor tak dapat, hapooo pun tak dapat. pandai sgt otak tu
Quote Noraniza_Iblis 14-1-2021 10:15 AM
leluhur dgn bodoh mmg 1 uri ke?
Quote any42 14-1-2021 10:24 AM
Kesiannya mak ayh ssah pyah keluar cri rezeki ank p bkar rumah tmpt blindung
Quote Adrif 14-1-2021 04:44 PM
elok la merantau anak macam ni
masa muda memang darah panas, nanti balik rumah lepas tengok dunia, insyaallah jadi orang berguna. dia jadi macam ni selalunya sebab dunia dia kecik. tak berkembang
Quote Artemesiaa 14-1-2021 05:19 PM
Lupa diri ler tu terpengaruh dengan kawan2 yang asyik menayang motor dengan dia tapi lupa yang mak pak kerja petani je mana mereka mampu.  Sekarang rumah dah terbakar jangan haraplah impian akan tercapai kalau ada duit pun dah nak guna untuk baiki rumah yang dah terbakar.
Quote kakakpositifker 17-1-2021 10:05 AM
astaghfirullah. tergamak buat mcm tu. allah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035446 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top