Pelakon dan penyanyi Adibah Noor secara berseloroh menawarkan kepada mana-mana agensi kerajaan yang berminat untuk membeli akaun media sosial miliknya. Adibah, 51, berkata demikian dipercayai bagi menyindir sebuah badan kerajaan yang didakwa membeli akaun Twitter milik seorang individu sebelum dijadikan sebagai profil media sosial rasmi.
"Pengikut saya awesome, baik hati dan jenis 'pakai' otak. Audiens saya pun sama. "Ciapan saya pun kadang tu dapat beratus ribu views/likes/rt walaupun Twitter tak bayar saya satu sen pun. Siapa nak beli... meh masuk tender," katanya. Semalam, kecoh di media sosial apabila akaun Twitter rasmi sebuah badan kerajaan menunjukkan beberapa hantaran jelik. Susulan itu, seorang pengguna media sosial tampil mengaku akaun tersebut merupakan miliknya sebelum ia dijual kepada individu tidak dikenali.
Memetik laporan Malay Mail, pemuda berkenaan tidak mengetahui bahawa akaun yang dijual akan menjadi profil rasmi media sosial sebuah badan kerajaan. Sumber: ProjekMM |
ADVERTISEMENT