CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Youtuber Sugu 'Pavithra' Terlepas Hukuman Penjara

14-1-2021 12:33 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 4266| Komen: 24|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Sinar Harian, mykmu

M.Sugu, 30, pemilik bersama akaun Youtube masakan Sugu Pavithra terlepas daripada hukuman penjara di atas kesalahan memiliki senjata berbahaya apabila dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh dengan dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dan jaminan RM8,000 oleh seorang penjamin serta diarahkan membayar kos RM3,000 kepada pihak pendakwaan.

Kredit foto : Asiaone

Memetik Bernama, Peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi memohon mahkamah membenarkan perintah bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 94 Kanun Prosedur Jenayah atas alasan insiden tersebut berlaku disebabkan salah faham dan anak guamnya itu tidak pernah terlibat di dalam sebarang kes jenayah serta perlu menyara dua anak yang masih kecil.

M.Sugu juga dikatakan telah menyesal di atas perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulangi apa yang berlaku.

"Anak guam kami juga salah seorang calon Ikon Anak Bandaraya Ipoh yang mana hasil usaha beliau lakukan sedikit sebanyak mengharumkan nama negeri Perak", katanya.

Sugu didakwa telah menyerang isterinya S.Pavithra, 28 dengan menggunakan telefon bimbit dan sabit sehingga mendatangkan kecederaan pada bibir, pipi kiri dan lengan kanan mangsa di tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun antara jam 4 petang dan 6 petang pada 21 Julai 2020.

Pada 17 September 2020, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan Sugu daripada tuduhan mencederakan Pavithra pada waktu kejadian selepas isterinya itu mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan.

Saluran Youtube Sugu Pavithra terkenal dengan video-video masakan kaum India yang menggunakan Bahasa Melayu namun sejak tiga bulan lepas tiada lagi kemaskini video terbaru daripada pasangan suami isteri ini. -CARI

Kredit foto : mediakicauu


Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 14-1-2021 12:51 PM
Dorang masih beryoutube ke sekarang ni? Harap cukupla duit utk makan minum memandangkan si suami udah tak kuar bekerja kan.
Quote missyL 14-1-2021 12:53 PM
Syg btol die delete videos lame2 tu. Ptt biar je la. Dpt jgk duit dr utube..
Quote renko 14-1-2021 01:01 PM
missyL replied at 14-1-2021 12:53 PM
Syg btol die delete videos lame2 tu. Ptt biar je la. Dpt jgk duit dr utube..

low educated
buat pape tak fikir panjang
Quote jazaa100 14-1-2021 01:22 PM
Edited by jazaa100 at 14-1-2021 01:23 PM

missyL replied at 14-1-2021 12:53 PM
Syg btol die delete videos lame2 tu. Ptt biar je la. Dpt jgk duit dr utube..


Gerammm.....

aku delete ...aku delete....aku delete....

padan muka haku.....
Quote Redmyvi 14-1-2021 01:38 PM
Kesian jugak kt depa nie.. tetiba femes pastu takleh handle kejutan budaya..
Quote tikusmontok 14-1-2021 03:44 PM
Boleh lak lepas laki bewak
Quote missyL 14-1-2021 03:49 PM
jazaa100 replied at 14-1-2021 01:22 PM
Gerammm.....

aku delete ...aku delete....aku delete....

Kan.
Tgh baran x pk..
Hilang auto income.

Quote missyL 14-1-2021 03:50 PM
renko replied at 14-1-2021 01:01 PM
low educated
buat pape tak fikir panjang

Tu la pasal.
Xpk panjang punye pasal..

Hilang auto income..
Quote renko 14-1-2021 03:59 PM
missyL replied at 14-1-2021 03:50 PM
Tu la pasal.
Xpk panjang punye pasal..

dah tau itu income dia
poyo2 lak ikut perasaan
xleh kena kecam lak
hahahaha sekarang melopong la
Quote ifanonline 14-1-2021 04:00 PM
keling di mana2 menyusahkan org
Quote missyL 14-1-2021 06:39 PM
renko replied at 14-1-2021 03:59 PM
dah tau itu income dia
poyo2 lak ikut perasaan
xleh kena kecam lak

Kan. Klo x xwat vid baru pn xpe sbb yg lame mmg byk view dah.
Syg btol ikut perasaan.

Quote uori 14-1-2021 06:42 PM
dan2 calon ikon, bukan dh bagi balik ke?
Quote LadyCarefree 16-1-2021 07:43 AM
uori replied at 14-1-2021 05:42 PM
dan2 calon ikon, bukan dh bagi balik ke?

"Anak guam kami juga salah seorang calon Ikon Anak Bandaraya Ipoh yang mana hasil usaha beliau lakukan sedikit sebanyak mengharumkan nama negeri Perak", katanya.

Bila masa lakinya calon ikon jadah tu. Biniknya saja kot.

Ummah meleis nnti dia buat bideo semula akan sokong berbondong ler. Sama macam kes nabela tu. Konon sebab isteri tabah cekal pemaaf dsb. Esp klau dia ngandung dn beranak pulak. Ada lah tarikan baru.
Quote Ain_h 26-1-2021 02:41 AM
Boleh buat video lagi
Quote missyL 26-1-2021 07:28 AM
LadyCarefree replied at 16-1-2021 07:43 AM
"Anak guam kami juga salah seorang calon Ikon Anak Bandaraya Ipoh yang mana hasil usaha beliau lak ...

Nabela mane u..
Quote LadyCarefree 26-1-2021 07:51 AM
missyL replied at 26-1-2021 06:28 AM
Nabela mane u..

Nabela binik alepajis
Quote ifanonline 26-1-2021 08:47 AM
Nokiaman replied at 26-1-2021 05:53 AM
Stended laa tu..
Dah Melayu Isle pon perangai lagi hazab..
Kaum sendiri pon disihir...

cina pemakan babi la paling hazab di dunia...punca merebak covid bagai ni
Quote MontanaHannah 26-1-2021 09:02 AM
ifanonline replied at 26-1-2021 08:47 AM
cina pemakan babi la paling hazab di dunia...punca merebak covid bagai ni

+2000


Aku suka komen ko yang ini.
Quote missyL 26-1-2021 10:11 AM
LadyCarefree replied at 26-1-2021 07:51 AM
Nabela binik alepajis

Hahahah ok noted.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047793 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top