Anak tiri penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil, Najwa memohon orang ramai berhenti menghentam ibu tirinya itu. Menurut Najwa, Ziela bukan seorang perampas seperti mana diperkatakan segelintir netizen. Malah, dia dan adik-beradik menyayangi Ziela seperti ibu kandung. "Kami baik-baik saja dengan Mama Ziela. Kami menyayanginya seperti ibu kami sendiri. Berhenti bercakap mengenai rampas la, apa la. "Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas," ciapnya di Twitter. Kisah perkahwinan terbaru Ziela bersama pengerusi masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee menjadi bualan ramai selepas sebuah portal hiburan mendedahkan beberapa keping gambar yang dikaburkan. Portal berkenaan turut memberi bayangan mengenai seorang penerbit drama yang sudah pun mendirikan rumah tangga secara diam-diam dan menjadi isteri kedua sejak tiga tahun lalu. Sejurus pendedahan itu, Najwa menerusi Twitter memuat naik ciapan memberitahu individu dimaksukan itu adalah bapanya dan Ziela. Dalam pada itu, Najwa melahirkan rasa syukur kerana dilimpahi kasih sayang daripada dua wanita. "Betul, anak mana yang suka ada dua ibu? Tetapi, Alhamdulillah Tuhan mengurniakan saya dua ibu yang cantik dan saya diberkati kerana keberadaannya. Kami dalam keadaan baik. "Tak salah untuk kita kongsi kasih sayang dengan sekarang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang terhadap ayah kami," tulisnya lagi. Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah. Sumber: Gempak |
chandrahusin: Elok org tak tauKo jgk yg bongkarLps tu suh org diamApooTumpang glemer mak tiri much?
dua_chzy replied at 14-1-2021 11:00 AM
Memang bodoh kan.
ADVERTISEMENT