CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pipi Bayi Jadi Kembung, Ditumbuhi Rambut Akibat Disapu Krim Streoid

14-1-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1977| Komen: 4

Pipi seorang bayi menjadi kembung dan ditumbuhi rambut selepas disapu krim mengandungi steroid di wajahnya.

Semuanya bermula selepas ibu bapa bayi itu menyapu krim pelembap berkenaan untuk mengurangkan kesan kulit kering pada wajah anaknya.


Selepas beberapa kali menyapu krim berkenaan, ibu bapa bayi itu menyedari wajah anak mereka mula ditumbuhi rambut, manakala pipi menjadi kembung.

Memetik laporan portal Daily Mirror, ibu bapa bayi itu mendakwa anak mereka hanya diberikan susu badan dan menolak ia menjadi punca kepada masalah berkenaan.


Kredit foto: Agensi

Tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anak mereka menyebabkan ibu bayi itu membuat ujian susu badan di hospital dan keputusan mendapati, susunya normal.


Hospital kemudian menasihatkan supaya ibu bayi itu mengurangkan kandungan susu, namun sebulan kemudian keadaan semakin meruncing.

Bayi malang itu kemudian segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat ramai bayi mengalami masalah sama.

Selepas pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan punca masalah itu disebabkan krim pelembap mengandungi steroid yang digunakan pada wajah bayi terbabit.

Doktor menasihatkan supaya krim berkenaan hanya disapu untuk jangka masa pendek bagi mengurangkan risiko pada kulit bayi.

Sebaik menghentikan penggunaan krim itu, keadaan wajah bayi berkenaan semakin pulih, sebelum dibenarkan pulang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-1-2021 10:44 AM
Moral of the story - buang la produk timbang kilo kome.
Quote Scheherazade 14-1-2021 10:47 AM
Kesian plak bila jd mcm ni. Must be dry skin dia teruk kot sampai kena guna steroid-based cream.
Quote nanies 14-1-2021 11:57 AM
kesiannnn dia. aduhai
Quote Artemesiaa 14-1-2021 11:59 AM
Kalau bahan ada base steroid memang Dr tak benarkan guna untuk jangka waktu panjang sebab ada kesan sampingannya nanti.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.158231 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top