CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemilik Sentap Auntie Tini Ambil Resipi Harimau Menangis Dari Restoran Terkenal?

14-1-2021 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26646| Komen: 127

Semalam, kecoh di media sosial apabila ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, dikatakan telah mendaftar ‘trademark’ perniagaan Daging Harimau Menangis yang dijualnya.


Kredit foto: IG Kartini


Susulan itu, Noor Kartini memuat naik satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum mengapa pihaknya perlu melakukan pendaftaran tersebut.

Terbaru, pengguna Facebook, Farhan Yaacob mendakwa resipi Daging Harimau Menangis dijual Aunty Tini Kitchen merupakan resipi asal milik restorannya, SIAM di Kelantan yang diberikan kepada salah seorang ahli keluarga Noor Kartini.

Dia juga mendakwa ia dikongsikan sendiri olehnya kepada pihak berkenaan selepas salah seorang ahli keluarga mereka menghubunginya. 

"Sejujurnya, resipi Daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen adalah resepi dari Siam Restoran (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan)," tulisnya.



Kredit foto: FB

Oleh kerana mempercayai konsep kekeluargaan, Farhan memberikan resipi restoran tersebut.

Bagaimanapun, dia terasa hati apabila melihat keluarga tersebut mengeluarkan klip video.

"Tetapi, apabila mereka mengeluarkan klip video, saya merasakan mereka sangat over. Anda boleh tafsir apa sahaja, tetapi jagalah adab," katanya.


Kredit foto: FB

Namun, Farhan menjelaskan bahawa hubungannya dengan keluarga itu tidak mempunyai sebarang isu dan mereka bersahabat rapat sehingga kini.

Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya semua peniaga ingin menjual menu sama. Namun, mengenai Daging Harimau Menangis ini, dia mendakwa ianya hak milik sesiapa sahaja.

Dalam hantaran terbarunya, Farhan menegaskan bahawa tidak iri hati apabila Auntie Tini komersialkan Daging Harimau Menangis.


Kredit foto: FB Farhan

"Yang menjadi isu, (berdasarkan video yang tersebar), secara terangan Auntie Tini sendiri mention tidak boleh guna perkataan ‘HARIMAU MENANGIS’, jadi sekiranya myIPO luluskan, apa yang perlu kami (dan peniaga lain) lakukan adalah menukar nama. Saya bersangka baik, Auntie Tinie bergurau, tetapi sebagai public figure, perlu menyusun perkataan dengan baik," ujarnya.


Sumber: OhBulan

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Rob07


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuchenta 14-1-2021 11:17 AM
Berapa benang nak buka pasal famili npd ni
Quote EvieWanKenobi 14-1-2021 11:19 AM
rimasnya asik tengok nama yang sama pagi ni...
Quote Acikgomen 14-1-2021 11:45 AM
Nahhhh hambek kauu
Tuan punya kedai yg deyols korek resepi tu pulak tego ayat angkuh deyols dlm bideo tuh
Dasar petiais betholllll
Quote ashcroft86 14-1-2021 11:49 AM
Kalau la mak pon jenis bangang cmtu, anak2 double the bangang.
Quote nanies 14-1-2021 11:52 AM
pasni kena sebut nama harimau teriak la agaknya ya
Quote shailyvelera 14-1-2021 11:53 AM
iols penah makan DHM kat restoren ni...mmg dapppp ermmm
Quote slyfynx 14-1-2021 11:54 AM
Kene ke bukak thread byk2 untuk isu harimau menangis bodoh nak mampos ni
Quote missinpiece 14-1-2021 12:03 PM
Hah bergasak la korang
Iols dok tepi makan popcorn
Quote MissYouSayang 14-1-2021 12:13 PM
Edited by MissYouSayang at 14-1-2021 12:24 PM

Gediknye towkey resto ni siap buat disclose lg.. nak mencapap jgk leeteww..otak bisnes dr sskjp mmg lain dr yg lain,.jgn2 dah berpakat dr awl kot .  .ahahaha

Euww sejak bila resto ni jadi restoran terkenal??? Halusinasi much??! xde la terkenal sgt pom,bg sy resto biase2 jer pon !!! Byk lg resto lg sodapp la area situ..
Quote Belibis 14-1-2021 12:18 PM
missinpiece: Hah bergasak la korang Iols dok tepi makan popcorn

Tiba2 rasa nak trademark kan nama popkon.{:cryrun
Quote syakuntala 14-1-2021 12:33 PM
kat mn restoran siam tu.nk g try
Quote evlinne 14-1-2021 12:44 PM
Mmg semua produk sskjp clan ni hasil ciplak ek?
Dari kasut, apa dulu minuman suplimen konon bleh kurus tu walhal yg jual sume badan dipam2, tudung sarung instant la, serkup, tudung telekung, mekap, skrg makanan pun nak ciplakkk
Quote Redmyvi 14-1-2021 12:48 PM
kalau tak kesah org pkai resipi tak perlu pun bgtau umum at the first place.. diam2 jer..
Quote Tudungpink 14-1-2021 12:54 PM
Adoiii hasil ciplak produk org lagi... ..x malu btoii
Quote BoongaKertas 14-1-2021 12:57 PM
Redmyvi replied at 14-1-2021 04:48 AM
kalau tak kesah org pkai resipi tak perlu pun bgtau umum at the first place.. diam2 jer..

iols rasa dia terasa gak lah sbb resepi dia dah dikomersialkan. kalau iols jd dia pun iols buat statement mcm tu. clear the air. dah ler mintak resepi kita, siap komersialkan. sakitnya tuh disini.
Quote watie79 14-1-2021 12:58 PM
kalau org perak buleh buh nama dagin rimo teroyok... penin aku tengok family 69 nih, lepas satu, satu masalah depa create utk stay relevant
Quote esbok 14-1-2021 01:03 PM
BoongaKertas replied at 14-1-2021 12:57 PM
iols rasa dia terasa gak lah sbb resepi dia dah dikomersialkan. kalau iols jd dia pun iols buat st ...

sakit, isu plagiat ni. sakit nya tu di sini

kena pulak dengan orang yang kita ingat kawan rupanya lawan
Quote nefnefnef 14-1-2021 01:04 PM
Iols dah try DHM Suwarin Jinda dan mama lofa punya. Ikut taste iols, Suwarin punya dip lagi sedap especially yg warna hijau. Mama lofa punya daging perapan sedap. Ada speciality memasing. Tapi jgnla smpai claim nk patent sume, niaga sama2 kan lagi baik
Quote Redmyvi 14-1-2021 01:07 PM
BoongaKertas replied at 14-1-2021 12:57 PM
iols rasa dia terasa gak lah sbb resepi dia dah dikomersialkan. kalau iols jd dia pun iols buat st ...

itulah nampk dia mmg terasa tapi buat statement kata tak kesah apa semua..

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.185776 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top