|
Beluran: "Tolong, kami perlu bantuan dan bekalan makanan dengan segera," kata mangsa banjir, Laila Kiling, 40, di Kampung Simpangan, Paitan, yang terperangkap di kampung itu sejak Ahad lalu.
Menurutnya, ketika ini paras air semakin parah akibat hujan lebat bermula semalam sehingga awal pagi tadi. "Ramai penduduk sudah tiada bekalan makanan dan kehabisan gas untuk memasak. "Harap dapat dihantar bekalan itu dengan segera kerana sudah lima hari kami tidak dapat keluar membeli barang akibat banjir," katanya ketika dihubungi, hari ini. Sementara itu, Ketua Anak Negeri (KAN) Paitan, Joh Kiling berkata, dia dan beberapa penduduk Kampung Simpangan dan Dalamas sudah memindahkan lebih sepuluh keluarga ke tempat selamat.
"Setakat ini, lebih sepuluh rumah penduduk membabitkan kira-kira 100 individu sudah dinaiki air dan tenggelam. "Kami menggunakan perahu sendiri membantu penduduk dan menghantar mereka ke tempat selamat. "Justeru, kami sangat berharap bantuan disalurkan dengan segera ke kampung kami," katanya. Difahamkan terdapat lebih tujuh kampung di kawasan itu terjejas antaranya Kampung Tebatu, Kebuluh, Timpus dan Betongan Darat. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.245287 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.