CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Minta Ahli Parlimen Mohon Perkenan Agong Batal Darurat

14-1-2021 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11746| Komen: 103

Kredit : South China Morning Post



Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua ahli parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang Parlimen dalam kadar segera.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau memaklumkan sudah menghantar surat kepada semua ahli parlimen untuk berbuat demikian.

Katanya, dalam surat berkenaan, dia mencadangkan kepada semua ahli parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera.

"Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan semua Yang Berhormat atau parti.


"Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar Sidang Parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara," katanya dalam kenyataan itu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyertakan salinan surat berkenaan untuk rujukan pihak media.

Di dalam surat itu, beliau berkata, cadangan dikemukakan Perdana Menteri adalah tanpa keabsahan dengan penyusutan jumlah ahli parlimen yang menyokong kerajaan.

"Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mempertikai langkah munasabah yang diambil bagi menangani wabak Covid-19.

"Namun majoriti ahli Yang Berhormat menggesa agar Belanjawan 2021 harus menumpukan isu kesihatan, kelengkapan termasuk peruntukan setiap petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan)," katanya.

Anwar berkata, cadangan membentuk jawatankuasa bersama sudah diutarakan oleh ramai ahli Yang Berhormat sejak Mac tahun lalu.

"Ia tidak memerlukan darurat. Kemelut ekonomi amat memprihatinkan manakala jumlah pengangguran, kemiskinan dan kesenjangan bertambah.

"Darurat pastinya akan menyebabkan kedudukan ekonomi tambah meruncing," katanya.




Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 14-1-2021 05:13 PM
Dia lgi


Aku pun pening DH dgn sikap ahli politik.


Quote Noraniza_Iblis 14-1-2021 05:14 PM
kemaruk sgt dh org tua ni..
Quote sayawifenikmie 14-1-2021 05:14 PM
dah dah la anuarrr .... dah darurat biarlah darurat ..... apa masalah ko ni hah ????
Quote highcastle 14-1-2021 05:17 PM
Orang yang paling happy dengan berita ini ialah @sarah82 ...............
Quote Belibis 14-1-2021 05:19 PM
highcastle: Orang yang paling happy dengan berita ini ialah  @sarah82  ...............

Pstttt..sarah bukan orang PKR laaa..dia DAP.{:run
Quote brownstone 14-1-2021 05:23 PM
I tunggu sapa yg akan rebuke this first. PMO atau istana.

Kalau PMO, oklah da memang seteru politik, terang2 mendapat keuntungan dari proklamasi ni...tapi kalau istana yg act first....hurrmmmm. somethung wrong somewhere.
Quote helicornia 14-1-2021 05:31 PM
ko sapa nk mintak ahli parlimen buat itu ini?
Quote xemo 14-1-2021 05:32 PM
ok, so pandai sangat point out kelemahan/masalah itu ini, tapi pakcik nuwar ada ke apa2 idea utk tangani masalah tu? bukan janji2 ala kitab suci manifesto, tapi cadangan penyelesaian yg valid, boleh digunapakai, boleh dilaksana? ada cadangan? tak ada?

kalau setakat rasa dah bijak sangat point out n pointing fingers melayakkan pakcik nuwar jadi PM, rasanya berderet2 lagi forumers2 kat sini yg lebih layak jadi PM kot

bercakap bercakap bercakap je la tak renti2, nothing to proof pun kan

kalau betul2 nak bantu negara, bantu rakyat n bantu frontliners, boleh je kemuka cadangan apa2 bila2 masa sebelum ni, tapi tak ada apa pun
Quote hatikudus 14-1-2021 05:34 PM
Org tua ni nak rakyat doakan kena covid jugak ke? Nanti boleh check in sebilik wad dgn ku li
Quote JunkMail 14-1-2021 05:34 PM
Hayoooo pakcik ni pergilah jumpa agong mintak batal darurat. Kau memekak macam ni kat berita hanyalah mengundang cercaan rakyat. Pergi jumpa agong sana minta batal.. bawak nombor sekali. Make sure 150 sokongan supaya padu takde org boleh kacau kabinet kau. Semak betul laaah
Quote jas7512 14-1-2021 05:39 PM
Mental sickness..your time has passed lah..move on..do somerhing beneficial to rakyat now if btl2 nak jd pm..dari batalkan perintah darurat baik cdgkan kat semua mp and adun utk x ambil gaji atau ambil sekadarnya shj..yg lain kembaliksn semula dkt rakyat...jgnlah nampak kan diri tu selfish sgt
Quote Azhargoth 14-1-2021 05:39 PM
ehh laa....
Quote ctjah 14-1-2021 05:43 PM
semak betul
Quote sarah82 14-1-2021 05:45 PM
highcastle replied at 14-1-2021 05:17 PM
Orang yang paling happy dengan berita ini ialah @sarah82 ...............

Haramjadah anwar ibrahim ni tak lama lagi gila. Hahahhaha
Quote sarah82 14-1-2021 05:47 PM
xemo replied at 14-1-2021 05:32 PM
ok, so pandai sangat point out kelemahan/masalah itu ini, tapi pakcik nuwar ada ke apa2 idea utk tan ...

Oi.. Jgn tau.. Dia ni adalah KURNIAAN ALLAH TAU.. Marah nanti penyembah dia.. anwar ibrahim tak guna buat apa pun x salah
Quote mdhelmi 14-1-2021 05:48 PM
Anwar Najib Tun Zahid
politik Malaysia mmg hanya 4 org ni je dok pusing2
Quote xemo 14-1-2021 05:54 PM
sarah82 replied at 14-1-2021 05:47 PM
Oi.. Jgn tau.. Dia ni adalah KURNIAAN ALLAH TAU.. Marah nanti penyembah dia.. anwar ibrahim tak gu ...

kurniaan Allah katanya
Quote sarah82 14-1-2021 05:56 PM
xemo replied at 14-1-2021 05:54 PM
kurniaan Allah katanya

Ang apa tau.. Hahahahaha.
Quote bangcak 14-1-2021 05:58 PM
betul la kata bangnon tu.

masa buat bajet melalak mintak rakyat sokong dan luluskan.
bila "bajet covid" da lulus, tross campak tanggungjawab atas kepala agong.

so, sbg rakyat yg prihatin.
anwar mohon agong serah balik beban covid pada mereka yg bersorak "bajet lulus"
tu.
sila buktikan bajet tu bagus sgt.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036575 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top