CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Saga Kini Sudah Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700

14-1-2021 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5075| Komen: 41



Nampaknya Proton tidak menunggu masa yang lama untuk meluaskan lagi pasaran antarabangsa apabila negara Nepal telah menjadi negara ke-lima yang menerima kemasukkan kereta Proton Saga. Empat buah negara yang sudah menerima model kereta ini terlebih dahulu ialah Brunei, Kenya, Mesir dan Pakistan.

Model Proton Saga ini dilancarkan secara rasmi oleh Jagdamba Motors Pvt. Ltd, anak syarikat Shanker Group untuk pasaran Nepal ini. Model pertama Proton Saga serba baru ini dijual pada harga sekitar Rs 35.50 Lakh (RM122,716.65) untuk varian transmisi manual standard, dan Rs 39.50 Lakh (RM136,543.88) untuk varian transmisi automatik premium.


Kereta Proton Saga yang dijual pada pasaran Nepal tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan model-model dijual pada pasaran Malaysia. Untuk pasaran Nepal, kereta ini dilengkapi dengan peningkatan sistem penyaman udara dengan kawalan arah aliran udara (model pasaran tempatan hanya mampu mengawal peredaran udara semula) dan pemanas. Model ini sama dijual pada pasaran Mesir dan juga Pakistan.

Antara perbezaan lain ialah saiz kapasiti enjin untuk pasaran Nepal yang sedikit kecil iaitu versi 1,299 cc jika dibanding 1,332 cc untuk saiz kapasiti enjin untuk pasaran tempatan. Kereta Proton Saga ditawarkan dengan 5 varian warna sama seperti di pasaran Malaysia iaitu Jet Grey, Snow White, Armour Silver, Ruby Red and Rosewood Maroon.



Difahamkan model Proton Saga akan diperkenalkan melalui bilik pameran eksklusif syarikat Jagdamba Motors Pvt. Ltd yang terletak di Naxal, Kathmandu, dan akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di ibu kota lain seperti Pokhara, Biratnagar, Itahari, Birgunj, Dhangadhi, dan Nepalgunj. Model-model kereta Proton yang lain juga akan diperkenalkan pada masa akan datang mengikut permintaan pelanggan setempat.



Sumber : TheVocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scintilla 14-1-2021 05:23 PM
Wah! Kayanya org nepal
Quote umbut 14-1-2021 05:27 PM
Mahalnya..
Quote batusembilan 14-1-2021 05:27 PM
gile vavi mahal. apesal mahal mcm tu ek? kalau mcm tu, brp la harga kete merc kt sana
Quote Artemesiaa 14-1-2021 05:27 PM
Wah mahalnya
Quote airisa 14-1-2021 05:29 PM
Tak leh bayangkan mcm mana dari kathmandu ke Pokhara drive saga... lalu tepi lereng gunung and laluan sempit selisih dgn lori
Quote batusembilan 14-1-2021 05:33 PM
ok2 dh gugel. merc e200 kt nepal harga rm900k

gilerrrrr haha

untungnya la dok malaysia
Quote insulin 14-1-2021 05:49 PM
Boleh tahan harganya.
Quote damsel_fiji 14-1-2021 06:06 PM
So tak betul la yg kata harga kreta kat Malaysia kedua paling mahal di dunia selepas singapore?
Quote ninja9 14-1-2021 06:15 PM
damsel_fiji replied at 14-1-2021 06:06 PM
So tak betul la yg kata harga kreta kat Malaysia kedua paling mahal di dunia selepas singapore?

harga kereta ni ada pengaruh dari polisi kerajaan yg memerintah. Kereta mahal dimalaysia satu ketika mungkin betul tetapi mustahillah ianya akan sentiasa betul sepanjang jaman, nepal ni nampaknya dah mendahului malaysia untuk ada polisi bagi dapatkan untung melampau dari jualan kenderaan. malah bukan nepal sahaja negara asean pun dah lama ikut polisi spt yang dibuat dimalaysia...

Quote Skuau 14-1-2021 06:15 PM
Kami NEPAL dh lama msk 'pasaran' Msia...kami lg hebat..korang baru la ni....mende???........
Quote Lagubestbest 14-1-2021 06:43 PM
Sengaja nak troll rakyat ape pergi jual mahal kat nepal? Ingat kita taktau tu negara atas bukit..
Quote SayaSayangMama 14-1-2021 06:55 PM
Nepal ni xde laut. Kos logistik sgt sgt mahal ye. Xtau ka import pakai apa tu kapal terbang ke lori kontena ke. Mmg berganda la citer dia. Kesian. Nk merentas tu bapak la jauh ke dalam. Lalu india la cina la. Untung la mlaysia keliling laut.
Quote Rara77 14-1-2021 07:38 PM
banyak untung lo
Quote Jitu 14-1-2021 08:12 PM
wow dapat 3 biji Saga kat Malaysia
Quote Themilo 14-1-2021 08:16 PM
Lol. Orang jepun sebelum ni pun melopong dengar harga kereta recond diorang kat Malaysia ni...
Quote gigahertz 14-1-2021 08:17 PM
SayaSayangMama replied at 14-1-2021 10:55 AM
Nepal ni xde laut. Kos logistik sgt sgt mahal ye. Xtau ka import pakai apa tu kapal terbang ke lori  ...

Nepal can use four seaports in Tianjin, Shenzhen, Lianyungang and Zhanjiang and three dry ports in Lanzhou, Lhasa and Xigatse in China, according to the protocol on transport and transit agreements finalised on September 6 in Kathmandu


Source : google.
Harap harap kereta tu CKD kat sana la bukan CBU
Quote Decaffeinated 14-1-2021 08:24 PM
Negara mundur memang kereta mahal dah lah rakyat miskin

Naik basikal je lah...
Quote gigahertz 14-1-2021 08:25 PM

dia mahal ada 3 sebab :

a) Competition.

b) Dealer main harga / markup tinggi giler.

c) Itu adalah RPP ( retail price ) dari Proton sendiri.

kita tengok macam mahal Rm 200k . tapi berapa harga Proton offer pada dealer tu
kita tak tahu. kalau offer tak cantik atau komissen cuma 10% tak mungkin orang nak jual.

kalau betul betul official dealer Proton...mmg tak akan jual selain jenama Proton.
Kalau sebelum ni dealer tu pernah jual brand lain. risiko dealer ni nak mengkhianat.
Quote copy_paste 14-1-2021 08:28 PM
harga setanding keta mewah hahahaha,
asal kat nepal harga ratus ribu,
kat negara lain belas2 ribu,

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.133993 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top