Apabila sudah memasuki bahtera perkahwinan, pasti setiap pasangan suami isteri mahukan zuriat agar lengkap sesebuah keluarga. Namun, rezeki yang ditentukan Allah SWT pasti berlainan dengan setiap pasangan di muka bumi ini. Ini terjadi kepada seorang pengguna aplikasi TikTok yang berkongsi kisah sebak mengenai dirinya apabila sering ditanya soalan mengenai cahaya mata. Miliki dua rahim
Menerusi akaun TikTok miliknya @schapyqa, dia berkongsi kisah mengenai dirinya yang belum memiliki cahaya mata meskipun sudah memasuki tahun kedua perkahwinan. Scha berkata, walaupun kesemua soalan itu agak perit untuk dihadam namun menjawab dengan nada gurauan untuk mengubat hati yang luka. Wanita berusia 26 tahun itu turut berkongsi dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang cyst sebelum mengetahui dirinya hanya mempunyai satu buah pinggang beserta dua rahim. “Sebelum berkahwin doktor sahkan saya ada cyst, pembedahan selamat dijalankan. Masa keputusan CT scan keluar, baru saya tahu rupanya selama ni saya hanya ada satu buah pinggang. “Selepas pembedahan pula, doktor bagitahu saya ada rahim yang unik. Rahim saya bukan satu tapi ada dua,” tulisnya dalam video tersebut. Perkongsian video berdurasi 51 saat itu dibanjiri komen daripada warganet yang memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman sama. Walaupun masih tiada rezeki untuk memiliki zuriat, pasti ada rezeki lain Allah kurniakan. InsyaAllah segala yang baik datangnya dari Allah SWT. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang. Sumber: TikTok @schapyqa/ohmymedia |
yum3 replied at 15-1-2021 08:55 AM
aku pun paling benci & begang bila org dok tanya tiap2 tahun bila nak beranak lagi. Asal p raya rmh ...
chinta89 replied at 14-1-2021 10:05 PM
Mlm ni cerita Rahimah Tanpa Rahim.
Semoga awak dikurniakan zuriat, awak ada rahim. Xde plk doktor ...
Suchi replied at 14-1-2021 10:40 PM
Adakah dedua rahim tu berfungsi dengan baik?Haid dia cemana? Adakah kalau dedua boleh guna haid dt ...
ADVERTISEMENT