Kecoh sejak beberapa hari ini selepas tular video menunjukkan Sajat menangis apabila tangannya digari. Lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik beberapa hantaran memberi bayangan mengakui status sebenar jantina dirinya.
Malah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengesahkan Sajat disiasat pihaknya berikutan menerima laporan usahawan kontroversi itu berpakaian wanita ketika menghadiri majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Shah Alam. Dalam hantaran terbarunya, Sajat yang masih berasa dirinya teraniaya mempersoalkan pandangan orang ramai terhadap dirinya yang disifatkan mempermainkan agama walaupun banyak kerja amal sudah dilakukannya. "Mungkin mereka suka tengok saya melacur dari buat kerja elok kot!! "Yalah! Saya mana ada rekod kena tangkap OPS pelacuran di bawah JAIS!" tulisnya. Sajat kemudian memuat naik video berjalan memakai baju tidur sambil memberi sedekah kepada gelandangan di jalanan berserta kapsyen yang menegaskan perbuatan sedekah atau wakaf bukan berpandukan dari pakaian, tetapi dari niat hati dan keikhlasaan. "Sedekah tak pandang siapa GENDER kita, AGAMA kita, STATUS kita, PAKAIAN kita atau SESIAPA pun BOLEH bersedekah, yang penting kita mempunyai hati perkemanusiaan. "Saya sayang Allah, tetapi mereka kata saya mempersenda agamaku kerana sedekah Di wisma ku sendiri dengan keadaan berjubah dan bertudung. Ia terus dihukum mempersenda agama islam. Maafkan Aku.. Aku bukan manusia sempurna," ujarnya. - CARI
|
kakakpositifker replied at 15-1-2021 08:16 AM
Niat tak menghalalkan cara dik. Semoga kau kembali ke jalan allah swt.
ADVERTISEMENT