CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Macam Mana Dengan Berkumur Je Boleh Hapuskan Covid-19?'

15-1-2021 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2545| Komen: 7

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan ubat kumur yang berada di pasaran mampu membunuh virus Covid-19.

Memetik kenyataan pakar pergigian Dr Iqbal Rosali, penggunaan ubat kumur hanya sebagai langkah pencegahan yang digariskan KKM.  



Gambar hiasan/Al Jazeera

"Di klinik gigi, kami sudah amalkan benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur. 

“Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus Covid-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.

“Ingat, benda ini sebagai langkah pencegahan. Bukan rawatan untuk Covid-19. Sama macam kita gunakan pembasmi kuman, sama macam kita basuh tangan dengan sabun,” katanya.

Sebelum ini, KKM tular di media sosial poster mendakwa pakar Malaysia menemui ubat membasmi Covid-19. 


Poster berkenaan mendakwa penggunaan ubat kumur tiga kali sehari mampu membunuh virus Covid-19 dan penemuan berkenaan sudah diserahkan kepada KKM.

Dr Iqbal berkata, penggunaan ubat kumur sama peranannya dengan pembasmi kuman yang mengandungi alkohol. 


Loading FB Post...

“Persoalannya sekarang, virus Covid-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ini. 

“Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus Covid-19, tetapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini,” katanya lagi.


Sumber: ProjekMM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatikudus 14-1-2021 04:23 PM
Boleh je guna sbg usaha mencegah atau merawat di samping amalan lain...bukan berdosa pun, drp buat bodoh menganga aje...nak hrp kkm pun dah tepu
Quote sharlenetexas 14-1-2021 07:13 PM
Betadine mahal. Guna watsons je.

Quote sehirkedi 15-1-2021 09:22 AM
Edited by sehirkedi at 15-1-2021 10:05 AM

Ya doc.. Mungkin tak dapat bunuh virus covid tapi dapat mengelakkan kuman membiak kat tekak lalu kena sakit tekak dan melarat ke demam.

Ubat kumur yg ada di pasaran mahal. Lis****e under company bill gates gilak.

Paling efektif, beli hydrogen peroxide 3% yg food grade. Boleh cari di shoppee atau lazada. Lepastu ambil sikit hyrdogen peroxide campur secawan air. Kumur 30 saat. Ni yg iols cuba dulu bila rasa nak kena sakit tekak. Amat mujarab. Esoknya tekak dah ok. Sekarang terus amalkan hari-hari.

Oh.. Ya.. Selain tu banyak kegunaan hydrogen peroxide ni. Antaranya:- mencegah bau mulut
- memutihkan gigi
- hilangkan kesan darah pada fabrik
- kecutkan jerawat
- cuci/putihkan tilam yg kotor
- selamatkan pokok yg hampir mati
- menggantikan racun untuk tanaman
- dan banyak lagi

*sebelum menggunakan hydrogen peroxide, rujuk dulu pada yg pakar bangaimana mengendalikan hydrogen peroxide, kerana cecair ni perlukan pengetahuan untuk dikendalikan.

*pastikan beli yg 3%,food grade ya.
[youtube]2gYoNg-EGTQ[/youtube]

[youtube]sFF5A99FCkQ[/youtube]
[youtube]-XpdrnniGQ4[/youtube]

[youtube]WR46G6J2TfU[/youtube]

[youtube]QI4p5T9n6Rw[/youtube]

[youtube]qH9kBnu8WXs[/youtube]
[youtube]w04TOdPLcYs[/youtube]

[youtube]6xzBXiJPI6I[/youtube]







Quote akuman1981 15-1-2021 09:58 AM
err aku hari2 kumur listerine sejak dulu. sdikit sebanyak harap cegah kuman yg tlg buat aku sakit tekak n demam. now if demam kpala panas xle naik Lrt, msuk kedai
Quote me12345 15-1-2021 10:01 AM
Kumur kumur dgn air garam je...
Quote AniSani 15-1-2021 10:22 AM
kalau cakap ada potensi....camane nak jalan bisnes vaksin nanti ????

sndiir mau ingatlah...
Quote Artemesiaa 15-1-2021 10:22 AM
Dari dulu dah biasa hari2 kumur listerine bukan bila wabak dah melanda baru guna.  Anggap je lah macam guna hand sanitizer disamping boleh jaga kesihatan mulut bagi nafas segar.  Tak ada masaalah dengan bau nafas bila dah lama guna face mask.  Yang suka bau nafas kepam lantak kan aja kalau tak nak guna.  Benda pun dah murah kat kedai RM2.10 tu pun ada jual.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.154809 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top