Seorang wanita melahirkan bayi perempuan secara normal, hanya 10 hari selepas mengetahui dirinya hamil. Sam Hicks, 40, dikejarkan ke Hospital Southmead di Bristol, United Kingdom, pada 11 Januari lalu.
Dia kemudian melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Julia. Sam dan suaminya, Joe baru mengetahui bahawa dia hamil pada 2 Januari lalu setelah menjalani ujian kehamilan di rumah. Sam, yang bekerja di rumah jagaan, telah melakukan banyak ujian kehamilan sepanjang tahun lalu, namun semuanya menunjukkan keputusan yang negatif. "Ada beberapa tanda, tetapi ketika Sam melakukan banyak ujian kehamilan yang semuanya negatif, dia hanya menganggap ia sebagai sakit perut," kata Joe.
Bagaimanapun, apabila Joe, 32, merasa 'tendangan' di perut isterinya ketika mereka duduk bersantai pada Hari Tahun Baru, Sam memutuskan untuk melakukan ujian lain, lapor Bristol Live. Keesokan harinya, Sam pergi menjalani ujian lain, dan kali ini mengesahkan bahawa dia hami. - CARI Sumber: Mirror UK/mStar Online
|
ADVERTISEMENT