CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal Berkahwin Di Usia Muda, Ayie Floor88 Harap Peminat Tak Lari

15-1-2021 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8273| Komen: 46

Mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati, Tasha Awie pada 2 Januari lalu, vokalis kumpulan Floor88, Ayie berharap peminat akan tetap setia menyokong kerjaya seninya.


Menurut Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 24, berkata, dia percaya keputusan yang dilakukan iaitu mendirikan rumah tangga ini sudah tertulis dan yakin dengan rezeki yang ditetapkan itu.


Foto: IG

"Soal jodoh, ajal dan maut semua di atas ketentuan Ilahi.

"Saya bersyukur rezeki (kahwin) saya datang awal tapi janganlah berhenti daripada menyokong saya.

"Saya sayang semua peminat saya dan berharap mereka sentiasa sokong apa saya buat selepas ini," katanya kepada mStar.


Ketika ditanya bila majlis pernikahannya, Ayie menjelaskan buat masa ini dia dan keluarga kedua-dua belah pihak masih belum menetapkan tarikh untuk majlis itu.

"Kami tak letak tarikh tertentu lagi tapi insyaAllah kami nak langsungkan majlis pernikahan dalam tahun ini juga.

"Buat masa ini masih tiada lagi tarikh yang dipersetujui oleh keluarga masing-masing lagi. Setakat ini saya boleh katakan sebanyak 50 peratus persiapan sudah diselesaikan.

"Saya juga ada menyimpan impian untuk mencipta sebuah lagu romantis khas untuk bakal isteri yang mungkin akan diperdengarkan pada majlis resepsi kami nanti," ujarnya.


Majlis pertunangan Ayie dan Tasha berlangsung di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada 2 Januari lalu.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri keluarga, rakan terdekat dan selebriti antaranya pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-1-2021 01:14 PM
Muda rupanya dia ni. Baru 24. Alahai umo macam adik aiol batch SPM 2014.
Quote makneng 15-1-2021 01:29 PM
Kahwin la dek.. Budak umo 17thn lom amik espiem pun dah kahwin.. Inikan pula dah umo 24thn
Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 01:29 PM
memang tak minat pun..
Quote Kurex 15-1-2021 01:35 PM
Lantak kau la... Btw iols tak kisah pun
Quote Perawankota 15-1-2021 01:41 PM
Org2 sabah biasa kawen muda.. Tengok kawan2 aku sabah, umur 35 anak dah besar dah amik spm pon..
Quote Noraniza_Iblis 15-1-2021 01:42 PM
iols minat die..
muke heols tak jemu tgk byk kali...
Quote AshKetchum 15-1-2021 01:43 PM
Noraniza_Iblis replied at 15-1-2021 01:42 PM
iols minat die..
muke heols tak jemu tgk byk kali...

makin zizan jah muka heshe?
Quote rayray28 15-1-2021 01:49 PM
okay la tu cpt2 langsung..dh elok bisnes pn bukak sama2 kan..tunang hrtu pn dh mcm majlis nikah..dh nikah lagi sng nk ke hulu hilir sama
Quote Noraniza_Iblis 15-1-2021 01:57 PM
AshKetchum replied at 15-1-2021 01:43 PM
makin zizan jah muka heshe?

lain..
zizan hidung besar..die hidung paruh..
nmpk jgk la cute die..sbb badan die kecik..
zizan tu begau
Quote prettyuglybabe 15-1-2021 02:02 PM
zaman ni ada lagi ke kisah retis nak kawin ke apa..
Quote Suchi 15-1-2021 02:02 PM
Ingatkan dia kapel ngan Bayi Shima.Dia sabahan eh tapi nama ada Nik
Quote Incanto 15-1-2021 02:04 PM
Noraniza_Iblis replied at 15-1-2021 01:42 PM
iols minat die..
muke heols tak jemu tgk byk kali...

a'ah...
dgn gaya dia yg aktif tu , nampak comeyy kanak kanak riang

anak aku yg nerd pun suka dia

Quote sarah82 15-1-2021 02:50 PM
tahniah adik oiiiii...semoga kekal hingga ke Jannah...rezeki Allah swt bagi berjumpa jodoh awal.
Quote slyfynx 15-1-2021 02:55 PM
Hahahaha, mule2 tgk gmbr igtkan Zizan.

BTW, x salah eh kawin muda.
Dr meghela sakan.
Quote alieyrina 15-1-2021 02:59 PM
Haahaa..leh pulak buat stetment camtu..bajet ka dikk..tahniah anyway
Quote nanies 15-1-2021 03:07 PM
dia ni herlokkkk jugek akak tgk
Quote hanezzafirah 15-1-2021 03:09 PM
ni saja up nak tunggu sesape nak bagi sponser..
Quote gideoncross 15-1-2021 03:11 PM
Umo bru 24 dh laku, untung lh. Iol thun ni 30 pun x laku.
Quote kakakpositifker 15-1-2021 05:27 PM
semoga kekal ke jannah

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057060 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top