Sebelum ini, penerbit dan pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy pernah didesak untuk melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung. Walau bagaimanapun, pelakon itu akui masih mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini. Terbaru, penulis skrip teater tersebut, Aloy Paradoks sekali lagi tampil memaklumkan bahawa sehingga sekarang bayaran tersebut masih belum diselesaikan oleh pihak produksi Ogy Ventures & Network. Menurut Aloy, bayaran bagi penulisan skrip olehnya masih belum diselesaikan walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
Sekitar Mei tahun lalu, Ogy didesak untuk melunaskan bayaran oleh beberapa kru dan artis terbabit dengan pementasan teater tersebut antaranya pengarah teater Khir Rahman dan Syura Badron Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib penulis ini. Malah, Adibah Noor turut meninggalkan komen dengan meletak emoji kecewa. Tak kurang juga yang meminta agar pihak seniman tampil membantu artis teraniaya ini. Terdahulu, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat yang juga pelakon teater itu pernah membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras berhubung isu ini kerana pihaknya berasa tertipu dengan janji manis Ogy untuk melunaskan baki bayaran. Pementasan teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero telah dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac tahun lalu. Sumber: OhBulan |
newyork replied at 15-1-2021 04:10 PM
star child tp tu lah adik dia ke kakak dia yg selalu belakon drama tu ok ja tgk..guano dia ni berma ...
pakwetizzaqyah replied at 15-1-2021 03:40 PM
aku perasan ogy ni kalau mengacara msti nk jual yg dia tu anak saadiah ngn ahmad daud
heran sngt ke ...
laksmanabentan replied at 15-1-2021 04:58 PM
kalau nak ulang2 pelakon terbaik wanita, da berlambak2 da pelakon terbaik wanita nih...
better re ...
Nenasketum replied at 15-1-2021 04:55 PM
Adik dia tu Fazlina. Dia kawen mamak dan beranak 4-5 tah. Lakinya jaga dia, dia jaga laki. Anak da ...
pakwetizzaqyah replied at 15-1-2021 03:40 PM
aku perasan ogy ni kalau mengacara msti nk jual yg dia tu anak saadiah ngn ahmad daud
heran sngt ke ...
jijilaaa replied at 15-1-2021 05:41 PM
dak2 skang termasuk aku tak kenal pun dan tak tau pun kemahsyuran nama mak apaknya
dah tak rele ...
pakwetizzaqyah replied at 15-1-2021 02:40 PM
aku perasan ogy ni kalau mengacara msti nk jual yg dia tu anak saadiah ngn ahmad daud
heran sngt ke ...
TomyamPuteh replied at 15-1-2021 05:51 PM
Kak ogy ni time muda2 dlu tersangat la cantiknya
sleepandream replied at 15-1-2021 05:49 PM
sumpahla tak setel lagi?
haiyoooo rasanya aritu ramai gila orang tolong biznes sheols...
rakan2 ar ...
ADVERTISEMENT