CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Dan Aina Abdul Bercinta?

15-1-2021 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13722| Komen: 61

Penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul kini tampil berduet menerusi lagu Nafas Cinta yang mula dimuat naik di semua platform digital sejak awal Disember lalu.

Semakin mendapat tempat di kalangan pendengar, peminat kedua-dua penyanyi hebat ini begitu gembira tatkala perkhabaran lagu duet mereka diperdengarkan malah ada diantara peminat membuat spekulasi kononnya Khai dan Aina kini sedang hangat bercinta apatah lagi muzik video berkenaan juga penuh dengan babak romantis meskipun ditayangkan secara animasi.

Menjawab spekulasi tersebut, kedua-dua penyanyi ini tampil memberi kenyataan menerusi sebuah sidang media secara virtual yang diadakan pada petang Khamis.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin, 27 dia bersyukur apabila peminat membuat spekulasi bahawa mereka sedang bercinta. Namun baik Khai mahupun Aina, ianya hanya sekadar mempromosikan lagu tersebut dan tidak menyimpan perasaan lebih daripada seorang kawan.


Foto: Murai.my

“Bila dah timbul spekulasi itu, kami rasa sangat bersyukur kerana promosi lagu berjalan dengan baik. Tetapi kenyataannya kami hanya bekerja dan tidak menyimpan sebarang perasaan (cinta) antara satu sama lain. Aina pun sama seperti saya, kami hanya berduet” kata Khai kepada Murai.my.

Dalam pada itu, berbanding kebanyakan penyanyi lain yang memilih untuk melancarkan sekadar satu ataupun dua buah single setiap tahun, sebaliknya bagi Aina, dia mengambil risiko untuk melancarkan 5 buah single pada tahun lalu termasuk Nafas Cinta. Bagi empunya nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani,28 dia berbuat demikian sebagai hadiah buat peminat dan mengikut peredaran masa.

“Selalu formulanya adalah satu ataupun dua lagi, tetapi saya sedar di era industri kita sekarang ini, pendengar dan peminat mahukan sesuatu yang baru dengan cepat, jadi saya cuba mengikut trend tersebut” dedah Aina

Ketika ditanya mengenai siapakah yang akan berduet dengannya selepas ini, dedah Aina bagi tahun 2021 dia tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet dengan penyanyi lain kerana ingin memfokuskan perancangan yang telah dibuatnya sebelum ini. Namun, dia tidak menolak untuk berduet sekiranya digandingkan dalam mana-mana program.

“untuk berduet di atas pentas atau program TV saya tidak akan menolak, tetapi dari segi single saya tidak terfikir ke situ lagi sebab perancangan yang saya dah aturkan untuk 2021 ini belum ke rancangan untuk berduet lagi” katanya lagi. -CARI

Sumber: murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 15-1-2021 04:18 PM
apo isu semasa ke ni
Quote awexgaban7 15-1-2021 04:24 PM
Erkkk tak taw nak komen gapooo
Quote miemiecha 15-1-2021 04:27 PM
asal nyanyi sama je, teruslah ade hub?
camtu?
Quote mieymiey 15-1-2021 04:28 PM
Bodohnya 'netizen'. Asal bekerja sesama, terus dicop bercinta.
Quote September14 15-1-2021 04:28 PM
Pulak dah hahaha buat lawak btui
Quote YomiuriLandMae 15-1-2021 04:33 PM
Percayalaaaahhhhh
Kasihmu lama tersulaaammm
Di ruang paling dalaaammm
Terlalu jauh tak terselaaammm














Propa
Quote mamajawie 15-1-2021 04:44 PM
welcome to the club nyanyi terus kapel yeehhh si enah bedul..ujung2 jangan kelaut jual gosip cinta cm si kemut adik beradik sampai AJM sudahhhh
Quote awenda507 15-1-2021 04:47 PM
Boring btl gosip cenggini. Asal duet je nk speku berchenta
Quote anony-mous 15-1-2021 04:51 PM
Murahan nya gosip!!
Quote lotionmilo 15-1-2021 04:55 PM
Kalau bercinta apa salahnya? Dua dua single kan?
( Standard ayat forumer)
Quote Kurex 15-1-2021 05:03 PM
Cam palat je la netizen & reputs tersangkak ni
Quote rosannazmia 15-1-2021 05:22 PM
Ni headlines murah majalah hai n mangga 20 thn dulu.. Akak berebut nak beli.. CANNOT IMAGINE guna cara yg sama 2021!
Quote cicicumel 15-1-2021 05:23 PM
Cobaan nak naikkan views lagu ke? Sendu amat si KB ni. Bersepah single flop.. Dik QQ jugak mendonia trending #1 skrg.
Quote love_warrior 15-1-2021 05:27 PM
Berduet je bercinta , bercinta je berduet apo?
Quote LadyCarefree 15-1-2021 05:48 PM
Asal duet je bercinta. Retis pon ikutkan je asal ada publisiti dapat sapot.
Quote adelea 15-1-2021 05:51 PM
cicicumel replied at 15-1-2021 05:23 PM
Cobaan nak naikkan views lagu ke? Sendu amat si KB ni. Bersepah single flop.. Dik QQ jugak mendonia  ...

Aina pon sama ..single tak naik
Wpun dia menang macam macam reality show ..
Quote slyfynx 15-1-2021 06:06 PM
So, nk kene nangis bucu katil ke lepas tau ni?
Ni semua marketing je la.
Asa ade projek same je, terus chop bercinta.
Budus
Quote ellZack 15-1-2021 06:30 PM
Kenapa Khai bersyukur netizen gosip kan dia dengan Aina?
Quote rukia2 15-1-2021 06:57 PM
nafas cinta ni femes ke? mcm x pernah dgr pun kt radio...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.131113 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top