CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aepul Roza, Vokalis Drama Band Positif COVID-19

15-1-2021 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4813| Komen: 18



Vokalis Drama Band, Aepul Roza disahkan positif pandemik COVID-19 selepas menjalani ujian calitan kedua, semalam.

Menerusi satu entri Instagram (IG), Aepul memberitahu, dia sudah menjalani kuarantin, sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, isterinya, Leez Rosli yang turut menjalani ujian calitan disahkan negatif. 



"Saya sudah mula menjalani kuarantin di rumah sejak beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih," tulisnya. 




Dalam hantaran itu, Aepul juga mengatakan dia tidak akan menerima sebarang panggilan telefon dalam masa terdekat ini.  Terdahulu, Aepul ada menjalani ujian calitan iaitu sekitar seminggu lalu.

Sementara itu, Aepul berkata, setakat ini, dia masih di rumah.

"Saya hanya makan ubat demam, sebab ada rasa demam sikit. Sebenarnya, saya rasa lebih baik dari semalam. Alhamdulillah, saya mahu fikir yang positif sahaja.

"Saya sudah mengasingkan diri dalam bilik studio, sejak semalam. Anak pula, Nur Saffiya Alisha pula sudah diasingkan lebih awal, di mana kami tempatkan dia di rumah ibu mentua," katanya kepada BH Online.



Sumber ; BHOnline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 15-1-2021 06:23 PM
Nak kesian pun benda ni dah jd perkara biasa
Quote Skuau 15-1-2021 06:31 PM
Drama band...trringat  AJL aritu.
Quote kiah_mai_pulak 15-1-2021 06:51 PM
noted....
Quote otai_g 15-1-2021 06:55 PM
Karma bosku ke ni.
Quote pro-goals 15-1-2021 09:48 PM
Moga dipermudahakan urusan aepol
Quote kechikchomel 15-1-2021 09:53 PM
Macam satu band tu je +ve? Drummer (kot) dorg yg kawin dgn announcer KoolFm tu pun +ve kan? Anak bini pun +ve
Quote Jemahjemah 15-1-2021 11:53 PM
Sana sini dah positif. Semoga kita semua dilindungi dr covid. Covid ni buat aku takut keluar rumah. Harapla cepat2 nyah dr muka bumi. Sampai bila la hidup tkurung cmni
Quote stania83 15-1-2021 11:56 PM
Lerrr kawen dgn leez kerr
Quote pakwetizzaqyah 16-1-2021 12:08 AM
dpt disimpulkan bahawa
leez yang dah kini semakin putih kulitnya tk sempat digomol oleh suaminya aepol
sekian hujah saya puan majistret
hahahahahhahaha
Quote RatuDunia94 16-1-2021 12:32 AM
cmf_blingblings: Nak kesian pun benda ni dah jd perkara biasa


Netizen dh koser nk simpati sbb ala2 dh jd normalize gitu.. sbb mostly kes retis yg positif tidak berakhir di tanah kubur..
Quote annadonna 16-1-2021 12:38 AM
Terimalah bahawasanya kita mmg hidup dgn covid. Nanti hilang sendirilah virus tu bila semua dah immune
Quote Rara77 16-1-2021 07:24 AM
adan uke
Quote Suchi 16-1-2021 09:12 AM
RatuDunia94 replied at 16-1-2021 12:32 AM
Netizen dh koser nk simpati sbb ala2 dh jd normalize gitu.. sbb mostly kes retis yg positif tida ...

Tp kenapa depa tak kena kuarantin kat hostel maeps?
Besar harapan saya nak tengok diorang pakai baju ibu bersalin polkadot pink dan tidur katil double decker.
Takat ni hat awal2 dulu ada la masuk HSB pastu yg host tu duk sepital melaka pun time takda sgt pesakit.
Quote nanies 16-1-2021 10:50 AM
nape artis2 ni tak kena naik ambulans ye? mmg boleh stay kat rumah je ke. mcm fatimah rohani tu
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2021 05:28 PM
semoga cepat sembuh...
Quote Nham22 16-1-2021 11:09 PM
Fatimah rohani n sepol ni both gune klinik yg same... Pastu kuarintin kat rumah saja.... Double standard..!
Quote mijot 17-1-2021 05:13 AM
covid ni dah sebati lak dlm kehidupan..
Quote chekacheku 18-1-2021 01:38 AM
Blhla rehat2..muhasabah mana2

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.151545 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top