Dek kerana terlalu teruja mahu mencari pekerja, hos rancangan jualan dalam talian Syakirin Husnal dikecam bertalu-talu di Twitter. Ini kerana permintaanya yang didakwa melampau tinggi, tidak berpadanan dengan gaji yang mungkin ditawarkan nanti. Lebih dasyat, video pencarian kaki tangan media itu rupa-rupanya sudah sampai ke negara seberang menyebabkan pelbagai persepsi diandaikan. Tidak hanya kecaman, netizen turut menasihatkan pencari kerja agar berhati-hati untuk menerima tawaran sebegini. Kalau kerja pelbagai skop pun, gajinya perlu berpadanan kata mereka. Rentetan itu, Syakirin kemudiannya membuat permohonan maaf dalam tujuh video menjelaskan yang mereka tidak mencari seorang yang pakar dalam bidang tugasan fotografi, video dan grafik. Namun, bakal pekerja haruslah pandai dalam semua bidang untuk tahap 'freshie'. Lagi pula bekerja dalam bidang media memang memerlukan 'multitask' dan pantas. Jadi, ciri-ciri yang disebutkan adalah bagi mereka yang mempunyai ciri yang disebutkan. Dalam nada seloroh, Syakirin sempat menyatakan pengguna Twitter sebenarnya hanya mahu memanipulasi soal gaji sedangkan hakikatnya mereka tidak ingin pun memohon jawatan tersebut. Penerangan ini tidak sepanas video terdahulu. Mungkinkah salah Syakirin yang tidak menjelaskan maklumat dengan lebih jelas atau pun netizen yang terlalu mendesak? Apa pendapat anda? - CARI
|
orkidorkido replied at 16-1-2021 11:30 AM
Budak-budak sekarang memang tak guna. Dengar dulu tidak terus memekik. Setakat ambik gambar edit vid ...
matchstick: Yg merempan tu semua kerjaya dh stabil gaji 5 angka ke..sorang tu budak final year katanya. Dia expect lps grad nt terus dpt kerja gaji 5k dgn 1 job s ...
airmineral: publish je la iklan tu secar bertulis gigih nak video bagai last2 info penting pasal iklan keje pulak xde. so xsampai sgt la mesej iklan keje tu.aku ...
husie91 replied at 16-1-2021 03:48 PM
Dia ni tak silap best student kt skola dulu.. kira perform laa.. academic & cocurriculum, sport. ...
ADVERTISEMENT