Penyanyi kumpulan Noah, Ariel berkongsi pengalaman selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah hospital di sini, kelmarin. Ariel berkata, dia bersyukur apabila tidak berdepan sebarang kesan buruk sebaliknya tidurnya kini lebih nyenyak. "Setakat ini tidak ada kesan teruk berlaku. Ketika menerima suntikan saya tak rasa sakit, tapi selepas beberapa jam tangan sakit sekejap. Malah tidur saya juga lena. Bangun pagi semuanya baik-baik saja, sakit di tangan hilang, badan pun rasa normal," katanya. Ariel antara individu terawal yang menerima vaksin Covid-19 di Bandung. Dia dipilih sebagai salah satu daripada 10 tokoh di Bandung yang menerima suntikan vaksin.
Menurut Ariel, dia tidak menerima sebarang layanan khas daripada pihak kerajaan mahupun individu kenamaan apabila dilantik menjadi orang terawal menerima suntikan vaksin Covid-19. Ariel berkata, undangan itu datang dari pemerintah Kota Bandung kerana namanya didaftarkan sebagai penduduk Bandung. "Saya dihubungi oleh pemerintah Kota Bandung untuk bersiap sedia untuk menerima suntikan vaksin. "Saya beritahu saya sudah bersedia, tetapi saya tetap ingin tahu jenis vaksin, apa yang bakal dilakukan serta kesan sampingan paling ringan dan teruk yang bakal saya terima nanti," katanya. Katanya, ada beberapa langkah yang harus diambil sebelum menerima vaksin iaitu bermula dengan mengisi borang sejarah kesihatan serta pemeriksaan keadaan tubuh badan. "Selang 14 hari kemudian saya akan disuntik sekali lagi untuk peringkat kedua," katanya. Sumber : HarianMetro |
kakakpositifker: Cepat pula negara dia dapat suntikan ye. Malaysia masih dalam saringan.
kakakpositifker replied at 17-1-2021 08:49 AM
Cepat pula negara dia dapat suntikan ye. Malaysia masih dalam saringan.
ADVERTISEMENT