CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengguna Mysejahtera Yang Positif Covid-19 Akan Terima SMS

17-1-2021 02:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2171| Komen: 4

Kredit : MyStar



Kuala Lumpur: Pengguna MySejahtera yang didaftarkan sebagai kes positif Covid-19 di Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan 'push notification' melalui aplikasi itu bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengguna aplikasi terbabit akan mendapat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri.

Menurutnya, aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kepada pengguna setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala Covid-19 di bahagian 'Perlu Dilakukan' bagi tempoh 10 hari berturut-turut.

Katanya, sekiranya pengguna bergejala, maklumat itu akan terus disalurkan ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) dan pengguna akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

"Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, pengguna juga boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya mereka disahkan positif dan sedang menunggu panggilan dari KKM.

"Mereka boleh ke MySejahtera HelpDesk di halaman utama aplikasi itu dan ikuti arahan di ruang G," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, orang ramai dinasihati untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dan menggunakan sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi berkenaan.

"Adalah diharapkan dengan pengemaskinian aplikasi MySejahtera ini, pengurusan semua kes positif Covid-19 dapat berjalan dengan lebih lancar dan memenuhi keperluan semua pengguna.

"Ini adalah selaras dengan hasrat KKM untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam kalangan komuniti dengan lebih berkesan," katanya.



Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 17-1-2021 03:03 AM

ada ke orang baca sms. aku dah berpuluh sms unread. tak kowser nak baca satu2. banyak tag bank dan topup je


Quote gigahertz 18-1-2021 12:51 AM
rastaf replied at 16-1-2021 07:03 PM
ada ke orang baca sms. aku dah berpuluh sms unread. tak kowser nak baca satu2. banyak tag bank dan ...

i takde mysejahtera. so dia tak dapat SMS i
Quote supernaturalee 18-1-2021 12:57 AM
rastaf replied at 17-1-2021 03:03 AM
ada ke orang baca sms. aku dah berpuluh sms unread. tak kowser nak baca satu2. banyak tag bank dan ...

Mkn hampir setiap hr hntr SMS psl update dan peringatan utk patuh sop

Ni slh 1:

RM0 PKP- Ekoran arahan larangan rentas negeri, orang ramai yg masih berada di kampung dibenarkan kembali ke rumah mereka selewat-lewatnya Jumaat, 15.1.2021.
Quote LoveSungmin 18-1-2021 01:00 AM
rastaf replied at 17-1-2021 03:03 AM
ada ke orang baca sms. aku dah berpuluh sms unread. tak kowser nak baca satu2. banyak tag bank dan ...

I baca je sebab tak suka nampak ada apa2 yang unread..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.090557 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top