Datin Almy Nadia berang apabila menerima mesej daripada individu yang membuat cabaran untuk melihat samada artis sombong atau tidak di laman sosial.
Tak nak berdiam diri, isteri kepada Datuk Fizz Fairuz ini terus menegur tindakan individu terbabit. Kata Almy, individu tersebut tidak memikirkan keadaan selebriti yang ada keluarga dan kerja, bukan menghadap telefon sahaja 24 jam. Tambah pelakon ini, individu tersebut tak ada kerja lain agaknya semasa tempoh PKP sehingga mewujudkan cabaran tersebut. "Artis ini cari rezeki juga. Ini artis ada keluarga dik, ada kerja juga dik... bukan nak mengadap telefon 24 jam dik. Perlu ke buat cabaran 'nak tengok artis mana yang tak sombong dik'.
"Disebabkan PKP 2.0 punya fasal, tak ada sanggup cari kerja yang tak masuk akal dik! Sorry to say, Okay kalau hampa jadi tempat kami apa hampa rasa ya?" tulis Almy. Almy berkongsi mesej individu tersebut di IG Story. Difahamkan individu tersebut memberitahu dia membuat cabaran dengan menghantar mesej kepasda selebriti untuk melihat respon merka. Sekiranya mereka membalas, bermaksud artis tersebut tak sombong dan begitulah sebaliknya. Bukan itu sahaja, Almy juga mendakwa individu tersebut mahu menjadi terkenal dengan cepat dan mudah kerana perkara sebegitu akan cepat tular.
|
Normabaru replied at 17-1-2021 12:53 PM
Pttla beria retis bt.. Dpt pree dr klinik ni. Org bt klu ada close contact. Ni xde apa p suh bt.. Aw ...
kiah_mai_pulak replied at 17-1-2021 01:53 PM
tinminyak ni reply dgn harapan org nk bg job review mknan la tu.. sekali kena prank.. mau tak mngamu ...
ADVERTISEMENT