CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengorbanan Yang Amat Besar -Dr Wee Puji Pegawai Polis Tangguh Majlis Kahwin Demi Tugas

18-1-2021 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2420| Komen: 14

Pengorbanan seorang pegawai polis yang mengambil keputusan menangguhkan perkahwinannya demi keutamaan kepada tugas, mendapat pujian daripada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menteri Pengangkutan itu memuji Ahmad Zaim Nasreen Musa, yang sepatutnya melangsungkan pernikahan bersama pasangan, Mas Ayuvita Azizul pada Ahad (17 Januari) di Gemas, Negeri Sembilan.

"Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkorban apa saja.



"Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen bin Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Januari 2021.


"Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengorbanan yang amat besar," tulis Dr Wee di laman Facebook pada Ahad.

Beliau turut memuat naik gambar Ahmad Zaim yang memegang nota bertulis 'sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21'.

Dalam pada itu, Dr Wee turut menzahirkan penghargaan terhadap pada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka.

"Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita," tulisnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 18-1-2021 12:27 PM
At the same time kayangan keep wondering around doing events makan2 like no body businesssssss. Pfftt
Quote msel 18-1-2021 01:42 PM
Kertas bertulis tu nak tunjuk ke setiap kenderaan yang lalu ke?
Quote putericahaya999 18-1-2021 01:58 PM
Kalau nikah panik sblm pkp xperlu berkorban kan
Quote Kurex 18-1-2021 03:39 PM
Helokkknyaaaaa polis ni!! Semoga dapat bermain gari2 dgn abg polis sambil abg polis rela digarikan
Quote Kurex 18-1-2021 03:40 PM
@Themilo & @dudaberhias , helok ke idok polis ni? Ke helok sebab pakai mask je?
Quote Artemesiaa 18-1-2021 03:50 PM
Masa pkp mula2 dulu ramai yang mungkin ada rasa kesihan.  Tapi bila dah kali kedua pkp ramai dah kurang terkesan sebab dah banyak kali dijamu dengan isu yang lebih kurang sama.  Masing2 dah mula peduli hal sendiri je lagi.
Quote Themilo 18-1-2021 04:02 PM
Kurex replied at 18-1-2021 07:40 AM
@Themilo & @dudaberhias , helok ke idok polis ni? Ke helok sebab pakai mask je?

tak kisah la, asalkan tak boyak & fit.. ahgitchewww
Quote dudaberhias 18-1-2021 04:08 PM
Kurex replied at 18-1-2021 03:40 PM
@Themilo & @dudaberhias , helok ke idok polis ni? Ke helok sebab pakai mask je?

ooo ok jugak la...
tapi dah empunya...
but still belum terlambat untuk mencaras aagittewww
Quote cucuq 18-1-2021 07:46 PM
Di sebalik mask ni nmpak hensem je polis ni..ape2.pon brtabah ea abam polis
Quote dua_chzy 18-1-2021 07:52 PM
Muka bengkek abes bam polis tu. Bertabahlah.
Quote aint 18-1-2021 08:05 PM
walopun ni dh berkali2 pkp/b/p ... iols tetap kesian... sbb pengorbanan camni bkn saja tak dpt nikah... duit pun byk dah belanja utk persiapan... lain la golongan kayangan bole petik duit dr pokok...

apa pun moga urusan pegawai tersebut dipermudahkan ... moga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah...

bersangka baik je...
Quote Madel 18-1-2021 08:11 PM
Nikah aje la,buat yg wajib dulu
apa masalahnya pun
Bukan kena cuti smpai berbulan2 pun
Ramai aje org awam, pasukan keselamatan yg menikah time pkp ni.

Saja je kan
Semua benda nak diviral
Quote imanda 18-1-2021 09:09 PM
Madel replied at 18-1-2021 08:11 PM
Nikah aje la,buat yg wajib dulu
apa masalahnya pun
Bukan kena cuti smpai berbulan2 pun

tu la pasei.. abam polis dah knp pgg kertas mcm tu bagai.. gila publisiti much?
Quote Madel 18-1-2021 09:46 PM
imanda replied at 18-1-2021 01:09 PM
tu la pasei.. abam polis dah knp pgg kertas mcm tu bagai.. gila publisiti much?

Ari tu baru aje viral abg/kakak askar menikah pakai uniform
Pastu ada sorg lgi couple yg menikah pakai jubah sesaja, asalnya nak daftar tapi terus menikah.
Artis2 tu elok je menikah siap buat grand2 lagi time covid ni
Benda leh buat jadi mudah, asal nak pening2 kepala
Batak like sungguh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051798 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top