CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini Bersusah Payah Besarkan Anak- "Jangan Nanti Bila Dah Berjaya Ada Pula Orang Kata Dia Punya Jasa”

18-1-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33522| Komen: 318

Bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak tanpa suami di sisi merupakan salah satu cabaran besar yang harus digalas oleh pelakon Rita Rudaini.

Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkata dia bekerja keras bagi memastikan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerima pendidikan terbaik agar menjadi insan berjaya kelak.



Foto: IG

“Panjangnya bil buku sekolah! Happy depa (mereka) tengok buku sekolah tahun ni... duit mummy boleh cari, yang penting belajar rajin-rajin.

“Tak minta balas jasa cuma nak hangpa (anak-anak) senang bila dah besar nanti, boleh bantu orang yang memerlukan.

“Bila sudah berjaya nanti, mummy tak kerja boleh bela (jaga) mummy pula, jangan nanti bila dah berjaya ada pula orang tu kata dia punya jasa, orang ni kata dia punya jasa!” katanya.



Rita memuat naik rakaman video menyediakan barangan persekolahan anaknya menerusi laman Instagram pada Sabtu.

Dalam video itu, Rita menunjukkan buku-buku sekolah yang baru dibeli bersama resit harga barangan tersebut.

Dalam pada itu, Rita turut berpesan kepada dua anak lelakinya itu supaya belajar bersungguh-sungguh dan melihat sendiri kesusahannya mencari rezeki membesarkan mereka.




“Mummy ni macam nak terberak cari duit... belajar rajin-rajin! Kasihan mummy cari duit.

“Keluar pagi balik malam, kadang-kadang keluar tak balik-balik cari duit nak bagi Rayyan dengan adik sekolah, ” ujarnya.

Rita berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai pada September 2013.



Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, yang kini di bawah jagaan Rita. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 18-1-2021 10:49 AM
Berapa kali, ulang, sis oiiiiiiiiii. Tiap2 tahun mesti nak, kena, ratib ke?
Quote krieysa 18-1-2021 11:58 AM
Pesan kat anak2 dia....dah besar nanti jangan kahwin, duduk je ngan mak tu... Macam dah boleh agak dah RR ni kalau jadi mak mertua macam mana...
Quote bluebutter 18-1-2021 12:03 PM
sorry to say

sorry to say


if tak ada si bang jongos tu insert his teyot teyot, hang pun tak beranak..

and please lah,
tak semua orang dapat lahirkan anak. kenapalah mesti nak merempan..

tanda tanda perempuan tua adalah kuat merempan issue sama ulang ulang...

dia patut sgt bersyukur. dalam pernikahan maha singkat, dua budak keluar. bukan saja budak budak lelaki sihat tak cacat, malahan budak budak lelaki yang hensem hensem plus baik baik dan juga smart boy...

apalagilah mocit ni tak puas hati..

tak ada orang bijak pandai ke nasihatkan dia..

sudah sudah merempan tu...

Quote rogayahtop 18-1-2021 12:06 PM
Kesian dik non, mmg takkan move on org cenggini. Yg pompuan merampas pulak mmg suka la ex bini meroyan. Rata2 bini baru mmg tak akan suka suami bg perhatian dekat anak2 dgn bini lama. Kalau ada pompuan yg suruh suami tgk anak2 dgn bini lama tu mmg maksudnya dia tu bagus jugak la

Pelik dgn pompuan2 nak kawin ingat totey je, anak2 org tu terabai hak.
Quote love_warrior 18-1-2021 12:06 PM
Sampai bila nk bitter sis? Better move on and redha pasti lagi happy....
Quote edoraixora 18-1-2021 12:07 PM
Panjang lagi perjalanan anak2 awk tu rita oiii...
Nak ungkit2 pasal jasa segala bagai.
Quote sweetfasha 18-1-2021 12:12 PM
well done RR. besarkan anak elok elok ye
Quote buangmasa 18-1-2021 12:30 PM
hmmm patutnya dia ajar anak2 dia ni da besar jadi gentleman... bukan nak tumpang anak2. warga kita kene ubah mindset bila da tua bukan anak2 bela... sbb tanggungjawab ibu bapa mencorakkan anak2 yg bagus, hormat pd org tua.
Quote mamajawie 18-1-2021 12:41 PM
rogayahtop replied at 18-1-2021 12:06 PM
Kesian dik non, mmg takkan move on org cenggini. Yg pompuan merampas pulak mmg suka la ex bini meroy ...

aku ni idok la gemor si royani meroyan sokmo tpi bini baru tu pn xreti2 ke nasihatkan si edel gi jenguk bebudak tu?xsuka kat ex pun tolong la ade belas kasihan kat budak2 tu..darah daging ko sendiri tu..kot ye dendam sgt ngan mak budak2 tu toksah la nk libatkan bebudak tu..dorang pun xminta mak pak dorang bercerai berai..so aku ade sikit belas kasihan kat royani sbab royanan sheollss tu ada betulnya gak sbab anak2 dia langsung putus hubungan ngan apak dorang sendiri..

p/s: bukan karats royani cuma kasihan kat budak2 tu je..



Quote makneng 18-1-2021 12:44 PM
Dah 2021 citer pasal jasa dia bela anak2 masih diangkat di persada porum yach! {:nose
Quote laksmanabentan 18-1-2021 01:09 PM
itu lagi... itu lagi...
sampai abg jamil mampussss.......


Quote spy_caridotdot 18-1-2021 01:15 PM
Alahai sis rita.. kesiankan lah kat anak2 tu.. tak payah lah hampa merempan mengadu domba kat ig nun. Cuba hampa dok buat diam2 je dah tak payah nak perli2 oghang dah. Cuba ikhlaskan hati tu.. insyaAllah berganda anak2 ko dapat..
Quote renko 18-1-2021 01:21 PM
amende dia ni
orang da xbising2
dia start mroyan balik asal
da sendu la tu
Quote ~boolean 18-1-2021 01:22 PM
aku harap bekas laki dia mana bahagia dengan keluarga..

dulu aku sokong juga ritrud ni tapi kalau tak habis2 meratib orang pun naik menyampah
Quote KIM.K 18-1-2021 01:27 PM
Bukan la kata RR ni takda effort besarkan anak
iols kata pasal drama baru nikah tu ja..jangan la terasa hati
Laki muda pun dah lari..tinggai abih..
Quote lanse 18-1-2021 01:30 PM
Bila nak abis ha RR? Tak move on lagi la tu.
Quote nanies 18-1-2021 01:46 PM
halah halah.. takde org claim pun, ko je duk perasan
Quote toynme 18-1-2021 02:03 PM
income dia ape ekk skrg ni....send her kids to private school..berjiran pulak dengan iman tang...kayo betul....
Quote mieymiey 18-1-2021 02:16 PM
Kesian la kat bebudak tu royani oi. Memang ko provide segala benda, takder yang kurang tapi toxic betul mak cenggini ni, memalukan anak.

Lihat semua komen(318)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.188716 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top