CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Ada Kolaborasi Lagi," -Bercinta 10 Tahun,Akhirnya Amylea Azizan Putus Tunang

18-1-2021 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24946| Komen: 129

"Saya tidak akan bekerjasama dengan Farouk Roman dalam penciptaan lagu seperti sebelum ini. Putus tunang selama 10 tahun, putus juga kolaborasi," kata penyanyi dan komposer, Amylea Azizan ketika mengulas kisah hubungan cintanya yang terlerai.


Amylea berkata, dia tidak mahu memanjangkan punca perpisahan yang berlaku.


Foto: IG

"Saya kini mahu fokus ke depan. Setakat ini, saya tiada perancangan untuk terus berkolaborasi dengan Farouk seperti dilakukan sejak 2018.

"Jika ada pun mungkin kolaborasi yang sudah dilaksanakan sebelum ini. Saya kini optimis dan sibuk dengan kerja sendiri.

"Ada beberapa projek sedang dilunaskan membabitkan penyanyi lain. Saya tak kekok kerana sudah biasa bekerja sendirian. Hidup kena diteruskan, saya tak mahu larut dengan kesedihan yang tak perlu," katanya kepada BH Online.



Terdahulu, Farouk mengesahkan hubungannya dengan Amylea sudah terlerai selepas lebih sedekad bersama.

Keretakan hubungan mereka sudah dihidu, sejak tahun lalu, namun mereka masih bersikap profesional ketika bekerjasama. Kini, Farouk mahupun Amylea dilihat sudah 'unfollow' dalam laman Instagram. Malah, Farouk sudah berani berkongsi gambar kekasih barunya.

"Kami sudah tidak bersama lagi. Bagaimanapun, saya dan Amylea masih profesional dalam soal kerja mahupun kolaborasi muzik.




"Saya dan Amylea tidak menyimpan dendam atau bermusuh. Apa yang penting, kami sudah 'move on' dan mendoakan kebahagiaan masing-masing.

"Saya terbuka untuk terus menjalinkan kerjasama secara profesional biarpun hubungan peribadi sudah berakhir," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 18-1-2021 03:49 PM
kurang ajor tul... biarkan bertunang lelama break...
memang patut pun berkerat rotan berpatah arang....kalu i ayah amelia nih dh ku jotos menantu x jadik nih
Quote sleepandream 18-1-2021 03:49 PM
bertunang apo 10 tahun... lama bebeno
Quote Carcosa 18-1-2021 03:58 PM
Sapo Farouk tu, tak kenai
Kmp Ameylia ni asyik nampk busuk kekal
Quote manehnya 18-1-2021 04:03 PM
hambarrrr....

senduuuu....

bosan....

10thn buang masa... pastu jd andartu

Quote bakingsoda 18-1-2021 04:06 PM
patut tahun ke 3 bertunang dah tinggal je jate tak guna tak reti2 ke nak halalkan anak orang
Quote jijilaaa 18-1-2021 04:09 PM
sanggup dia tunggu 10 taun...gilo
Quote asfaz 18-1-2021 04:10 PM
Gila arrr bertunang smpai 10 tahun pastu putus lak.Kalau kawin dah sekolah agaknya anak.Lelaki tak rugi apa2 pompuan la rugi masa dan usia.
hmppph semoga Amelia dpt jodoh  lain cepat2.
Quote KIM.K 18-1-2021 04:10 PM
Aku ingat dah ada anak
Quote helicornia 18-1-2021 04:15 PM
aku berkawan 5 thn pun dh menyesal gile. nape ko tunggu sampai 10 tahun amylea. btw teringat couole pelakon n model tersohor tu. tunang 10 tahun gak last2 tk jadi. yg model dh masuk 50an tk kawin. yg pelakon aman2 dgn wife n anak
Quote imrb 18-1-2021 04:20 PM
helicornia replied at 18-1-2021 04:15 PM
aku berkawan 5 thn pun dh menyesal gile. nape ko tunggu sampai 10 tahun amylea. btw teringat couole  ...

nasha aziz ke?
Quote helicornia 18-1-2021 04:25 PM
imrb replied at 18-1-2021 04:20 PM
nasha aziz ke?

faham sendiri sudah
kesian nk sebut nama
Quote pavlovachoc 18-1-2021 04:28 PM
Lama nya tunang
Quote irvene 18-1-2021 05:02 PM
helicornia replied at 18-1-2021 04:25 PM
faham sendiri sudah
kesian nk sebut nama

dia tunang dgn sape chuolss?
Quote rosannazmia 18-1-2021 05:06 PM
irvene replied at 18-1-2021 05:02 PM
dia tunang dgn sape chuolss?


Mereka tulah pasangan sama cantik jelita handsome tinggi lampai.. Ms ahkak rumaja dulu dua ni mcm couple goals sgt..
Quote one_aiman 18-1-2021 05:11 PM
helicornia replied at 18-1-2021 04:15 PM
aku berkawan 5 thn pun dh menyesal gile. nape ko tunggu sampai 10 tahun amylea. btw teringat couole  ...

laa bertunang lama jugak ke dorang? Igt kan kapel je..tapi serius la, pasangan tu memang secocok sejoli je dulu2..sayang la putus di tepi jalan..
Quote chaos_sweetly 18-1-2021 05:22 PM
rosannazmia replied at 18-1-2021 05:06 PM
Mereka tulah pasangan sama cantik jelita handsome tinggi lampai.. Ms ahkak rumaja dulu dua ni mc ...

Kan...my fav celebrity jugak.takde nak raih perhatian ke apa.tup2 putus diam2 sudehhhh.Masing2 move on, no drama, xde tuduh itu ini:
Quote GigaMom 18-1-2021 05:25 PM
helicornia replied at 18-1-2021 04:15 PM
aku berkawan 5 thn pun dh menyesal gile. nape ko tunggu sampai 10 tahun amylea. btw teringat couole  ...

Mmg ppuan rugi
Ai ada bff, ctik orgnya
Bcinta lama giler, setia lak tu
Tp tputus sebb family laki x setuju
Berlainan agama

Skgbsi laki dh aman3 ada ank bini,
my bff road to andartu senior
Ikut pemahaman ketua andartu semalaysia ipan
Quote Cassieopeia 18-1-2021 05:25 PM
kalo kawin anak dah darjah 4 wei
Quote MsKathryn 18-1-2021 07:27 PM
Lama btl bertunang

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top