|
Pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada seluruh dunia. Tidak hanya dari segi ekonomi, mungkin juga ketahanan mental. Ia diakui pelakon popular, Saharul Ridzwan, 31, yang memerlukan perancangan kedua bagi menampung kehidupan bersama keluarga.
Biarpun masih menjadi 'hero' pilihan apabila boleh dikatakan setiap drama lakonannya 'trending' dan menjadi bualan hangat, namun Saharul menyimpan impian bergelar pengarah dan penerbit. Sungguhpun begitu, ia agak sukar dilaksanakan dalam situasi pandemik COVID-19 ini. Ekoran itu, pelakon yang melonjak nama menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Korban Kasih dan Cinta Sekali Lagi itu terpaksa mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan. Saharul berkata, 2021 adalah tahun untuknya bergerak aktif dalam bidang perniagaan selepas melihat beberapa rakan seperjuangan dalam dunia seni berjaya sebagai usahawan. "Tawaran lakonan masih ada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac, tahun lalu. Namun, saya terfikir, andai kata saya ditimpa musibah atau kehilangan aset yang diperlukan sebagai seorang artis, apa perancangan saya? "Saya memiliki isteri dan dua cahaya mata. Mungkin akan datang menambah ahli keluarga. Saya mungkin tak fikir apa akan terjadi dalam tempoh satu atau dua tahun, tetapi bagaimana 10 tahun akan datang? Apabila ada anak, perbelanjaan makin lama makin bertambah. "Itu sebabnya ramai yang mengatakan selepas usia 31 tahun, kita akan bekerja untuk anak-anak kita. Jadi, berapa yang boleh simpan sebagai seorang artis? Mungkin sedikit kesenangan diberikan, tetapi ia bukanlah jaminan untuk masa depan saya dan keluarga," katanya kepada BH Online. Pelakon yang diangkat sebagai Aktor Hero Pilihan, Drama Festival Kuala Lumpur 2016 menerusi drama Kau Aku Kita itu berkata, dia terfikir untuk mengusahakan perniagaan apabila bertemu dengan Shuib Sepahtu, Achey dan Sharnaaz Ahmad yang memiliki empayar perniagaan sendiri.
|


lepas kawen makin mendebarkan rosannazmia replied at 18-1-2021 05:03 PM
Ni lelaki yg pas kawen..hmmm...xpelah...compare to fattah amin lepas kawen makin mendeba ...
exclusive_vvip replied at 18-1-2021 04:10 PM
Sedap x pisang salai Palut tu? member iols ada jual 12hinggit je, tapi packing dlm plastik putih je. ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.040820 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.