CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Disahkan Negatif COVID-19

18-1-2021 04:54 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2715| Komen: 13


Kredit Foto : IG Haqiem Rusli



Akhirnya kerisauan dan kegelisahan yang melanda penyanyi popular, Haqiem Rusli kini berakhir apabila disahkan negatif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan Covid-19 pada Jumaat lalu.

Menurut Haqiem, dia amat bersyukur kerana mendapat khabar gembira ini kerana apa yang paling merisaukan dirinya apabila memikirkan orang tua yang tinggal bersamanya adalah golongan berisiko tinggi.

"Saya bersyukur keputusan ujian calitan dibuat dua hari lalu menunjukkan saya bebas COVID-19. Saya akui, tidak senang duduk apabila memikirkan kesan pada kemudian hari sepanjang dua hari ini.

"Saya tinggal bersama orang tua dan ada kala, anak saudara yang masih kecil juga berada di rumah. Mereka adalah golongan yang berisiko tinggi.


Walaupun disahkan bebas dari pandemik COVID-19, penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) itu tetap mengambil langkah berjaga-jaga, katanya ditemubual BHOnline.

"Saya tetap menjalani kuarantin di rumah dan hanya berada dalam bilik sahaja untuk tempoh tiga hari ini. Saya perlu menjaga kebersihan dan keselamatan demi orang sekeliling saya.

"Kerja seni akan diteruskan seperti biasa, tetapi hanya dalam media sosial sahaja," cerita penyanyi berusia 23 tahun itu.


Dalam pada itu, artis naungan FMC Music itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraannya.

"Terima kasih atas segala doa yang dipanjatkan. Sama-samalah kita menjaga keselamatan bagi mengekang penularan wabak ini.

"Pesan saya, kalau rasa kurang sihat, pergilah buat ujian saringan. Jangan sayang keluarkan duit untuk melakukan pemeriksaan kerana kesihatan lebih penting dari segala-galanya," pesan penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu.

Terdahulu, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, Haqiem telah membuat ujian saringan Covid-19 selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang disahkan dijangkiti virus berkenaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 18-1-2021 04:58 PM
So setiap retis yg negatif mohon bukak benang
Quote jajahoney 18-1-2021 05:11 PM
syukur..risau sangat tau i tunggu result heshe..fuhhhh
Quote prizadane 18-1-2021 05:30 PM
wah..berita panas ni. tahniah adik tergantung sepi
Quote Mopiko 18-1-2021 05:32 PM
baca 2 kali tajuk..rupanya negatif.
suspen sangat benang. ceh
Quote samshik 18-1-2021 05:37 PM
Yer dikk.. Ko nk akak buat pulut kunen sedekah kat mesjid ker???
Quote sikatkutu 18-1-2021 05:42 PM
sweet qistina is reading.....
Quote tuntasha 18-1-2021 06:31 PM
Baguih lah -tive boleh lagi jumpa awek
Quote cmf_blingblings 18-1-2021 06:36 PM
ashilalat replied at 18-1-2021 04:58 PM
So setiap retis yg negatif mohon bukak benang

matilahhhhh nakkkk
Quote giyomi 18-1-2021 07:02 PM
hmmm...so kak kiah, nak gelabah tetek ker sebab negatif?
Quote Yunbin 18-1-2021 07:55 PM
Perlu ke nak tunjuk gambar hidung kena rodok?adoi
Quote laksmanabentan 18-1-2021 09:50 PM
so next... artis mana pulak nak declare dia negative nih...
kirim sekali gambar or video wokey...
terus nanti ada berita uolllss..
Quote makneng 18-1-2021 11:08 PM
Sendunya benang dek kiki.. Oklah noted... Nextttt
Quote dudaberhias 18-1-2021 11:20 PM
ya ampunnn... kenapa tak bukak benang haqiem rusli adalah anak kepada ibunya jerr... takpun nenek haqiem rusli adalah mak kepada ayahnya...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.031682 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top